Saturday, April 21, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

Gambar Batu Karang 

21 APRIL

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PUSAT PERUBATAN SUBANG JAYA (PENAWAR) YANG PERTAMA MENGGUNAKAN MESIN `DONIER' UNTUK UBATI BATU KARANG TANPA PEMBEDAHAN

Perkembangan teknologi perubatan semakin berkembang dan pelbagai penyakit telah dapat diubati dengan begitu berkesan.  Pelbagai alat-alat perubatan moden telah dicipta dengan begitu canggih sekali di antaranya ialah mesin `Donier' yang digunakan untuk mengubati penyakit BATU KARANG.  Pada hari ini 21.4.1988 Encik Robert M. Manson, Pentadbir Pusat Perubatan Subang Jaya (PENAWAR) telah memaklumkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar, bahawa PENAWAR adalah merupakan Pusat Perubatan Pertama di negara ini, yang menggunakan mesin `Donier' untuk mengubati penyakit batu karang tanpa melalui pembedahan. Mesin Dornier itu yang menggunakan alat teknologi termoden dibeli dari negara Jerman dua bulan lalu dengan harga kira-kira RM3.5 juta sebuah. Para pesakit yang mengidap batu karang di buah pinggang akan dirawat dengan mesin itu melalui kaedah Extracorporeal Shock Wave Lithotripsy (ESWL) iaitu melalui pancaran gelombang shock waves untuk memecahkan batu karang.  Rawatan memecahkan batu karang menjadi serpihan kecil memakan masa kira-kira 30 hingga 60 minit. ESWL merupakan teknologi baru untuk mengubati penyakit batu karang tanpa melalui pembedahan yang diamalkan secara meluas buat masa ini. Setakat ini, lebih 60 orang pesakit dari seluruh negara telah menjalani kaedah ESWL di pusat perubatan itu.  Kos untuk membiayai seorang pesakit batu karang ialah RM3,500.00 termasuk rawatan dan penjagaan. Sesungguhnya dengan penggunaan mesin Dornier untuk rawatan batu karang diharap para pesakit yang menghidapi penyakit tersebut akan lebih selamat semasa menjalani rawatan berkenaan tanpa sebarang pembedahan yang berkemungkinan membahayakan diri pesakit.
SUMBER : ARKIB NERGARA.GOV.MY
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...