Friday, April 20, 2012

UMNO/BN Prihatin. Waris P.Ramlee Dibela....

MUHD. KHAIRUN (kanan) menyatakan sesuatu kepada Surijaningsih dan dua anaknya iaitu Zaidee Nasir (kiri) dan Zakaria di Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPURSYUKUR Alhamdulillah. Bak kata perpatah, "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu". Itu yang berlaku kepada menantu Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee, Surijaningsih Bakar, 43, apabila nasib dia sekeluarga dibela pelbagai pihak.
Pihak terbabit terdiri daripada Pergerakan Pemuda UMNO, Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Universiti Limkokwing yang bertindak membantu keluarga tersebut dengan pelbagai cara. Terima kasih pada mereka-mereka ini yang prihatin. Selagi Barisan nasional (BN) memerintah negara ini, insyallah, selagi itu rakyat dibela, apatah lagi dari keluarga seni yang telah banyak berjaya pada tanah air.
Ia dibuktikan apabila Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO melunaskan baki tunggakan cukai pintu kediaman warisan P. Ramlee itu yang terletak di Taman Setapak Jaya di sini sebanyak RM5,766.50.
Pengerusinya, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, pihaknya berjaya mengumpulkan dana tersebut dalam sehari iaitu sejurus berita mengenai nasib malang wanita tersebut dilaporkan media.
“Dana yang berjaya dikumpul daripada masyarakat dan biro aduan sendiri kita gunakan untuk melunaskan tunggakan tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Surijaningsih semalam. Apapun, bagi pihak masyarakat semua, IBM ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pemuda UMNO, ahli-ahli Parlimen BN serta pihak University LimKoKwing yang mengulurkan bantuan.
Moga, ramai lagi pihak-pihak seperti ini tampil membantu orang-orang yang susah dan perlu dibantu seperti apa yang berlaku pada keluarga allahyarham Seniman Agung kita Tan Sri P.Ramlee. Allah memberi ganjaran yang amat besar kepada orang suka membantu dan memberi sedekah. Insyallah. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...