![](http://3.bp.blogspot.com/-YTti1wKNTiQ/U10gtT73krI/AAAAAAAAcG8/rHVHIkE-Cfk/s1600/270px-Computer_keyboard.jpg)
Sudahlah Nurul. Lebih baik ko tumpukan pada pertandingan/pemilihan parti PKR pada hujung bulan ini. Dan, berkempen untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden yang ko sandang sekarang. IBM rasa, komen atau kenyataan yang dibuat oleh anak si Nuar Brahim didalam akhbar tempatan hari ini adalah kenyataan yang sdia-sia. Tidak akan menjadi kudis kepada Barack Obama. Jelas sekali lawatan beliau ke Malaysia berjaya dan mencapai matlamat beliau dan sekali gus mengukuhkan tali persahabatan Amerika Syarikat dengan Malaysia. Oleh itu, kepada Nurul, lebih baik diam tutup mulut. Isu perceraian ko pula macam mana Nurul, dah selesai ke belum?
Kenyataan Akhbar Dari Nurul Izzh :
[Penyandang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata Barack Obama menunjukkan sikap yang tidak konsisten terhadap komitmen pada demokrasi dan perubahan kerana mengelak dari bertemu dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, sikap Obama yang “selektif” itu berbeza dengan semangat yang ditiup oleh presiden Amerika Syarikat itu ketika berucap di Universiti Kaherah pada 2009, setahun sebelum gelombang Arab Spring menggoncang negara Arab. MP tersebut berkata, dalam ucapan itu, Obama mengumumkan “komitmen terhadap kerajaan yang mencerminkan hasrat rakyatnya”. “Bagaimanapun, kerjasama selektif dengan mengelak bertemu ketua pembangkang Malaysia secara langsung menafikan suara majoriti 53 peratus yang mengundi Pakatan Rakyat; sehingga kini masih belum diiktiraf dan terbanding seperti aspirasi yang disuarakan di Kaherah,” kata Nurul Izzah.
![](http://2.bp.blogspot.com/-qHL1h-Eoc3Y/U10giS8pYgI/AAAAAAAAcGs/60WdXa7A4Ik/s1600/Nurul-Izzah-642x432.jpg)
“Ketika itu nampaknya perjalanan menuju demokrasi bakal mempunyai sekutu di White House. “Apapun Obama harus tahu bahawa kami rakyat Malaysia bangga dengan momentum yang kami mulakan sejak 2008; dan terus bertekad menyudahkan apa yang kami mulakan,” kata beliau. Walau tidak bertemu mata dengan Anwar, Obama akan menyertai satu sesi dengan pemimpin masyarakat sivil Malaysia, termasuk aktivis pilihan raya bersih dan adil – BERSIH, NGO hak wanita Sisters in Islam dan Empower, kumpulan hak pekerja Tenaganita serta NGO Islamic Renaissance Front hari ini. Lawatan tiga hari Presiden AS yang bermula semalam dan berakhir esok itu merupakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia selepas kunjungan Presiden Lyndon B Johnson pada 1966. Selain Malaysia, Obama turut melakukan lawatan ke Tokyo, Jepun dan Seoul, Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan kerja ke Asia di Filipina].
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA