Kalau ditunjukan gambar diatas ni pada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang tentang kejadian maksiat yang sedang berluasa di Pulau Pinang, IBM percaya, grantee dia tak percaya. Dia akan kata, mana ada. Itu bohong dan fitnah semata-mata. Kerana, mengikut firasatnya, dialah seorang Ketua Menteri yang paling bagus, telus, tidak pernah kelentung dan tipu rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang bersih dari rasuah. "Betul, mana ada tipu" katanya. Tapi, realitinya memang betul. Maksiat di Pulau Pinang sukar di kawal sekarang. Antara buktinya, semalam, seramai 88 individu termasuk 38 wanita ditahan ketika meraikan pesta hari jadi dalam keadaan mabuk dan khayal di sebuah banglo yang dijadikan inap desa di Jalan Masjid Negeri, di sini awal hari ini.
Menurut kata Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris kesemua mereka yang berusia antara 16 dan 35 tahun itu ditahan dalam serbuan unit narkotik pada pukul 2.45 pagi hasil maklumat orang awam. Hasil siasatan seorang lelaki berusia 27 tahun mendakwa menganjurkan majlis hari jadi di banglo itu, bagaimanapun ia dijalankan dalam suasana yang mencurigakan kerana lagu dipasang dengan kuat dan polis turut menemui pelbagai botol arak. Mereka juga dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah dan arak, katanya pada sidang akhbar, semalam.
Ismail juga berkata kesemua mereka yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan hasil ujian saringan air kencing mendapati 35 lelaki dan 25 wanita positif dadah. Beliau berkata siasatan awal mendapati 16 daripada yang ditahan itu ialah pelajar sekolah dan turut positif dadah. Ismail berkata polis akan memanggil pemilik inap desa berkenaan bagi membantu siasatan kes itu. Menurut siasatan juga ada pengunjung yang menghadiri majlis itu dikenakan bayaran dan difahamkan ia adalah bagi menampung kos sewa inap desa serta makanan untuk majlis berkenaan, katanya.
Kepada Lim Guan Eng, apa lagi lu mahu cakap? Inikah yang dikatakan negeri berkebajikan yang dilaung-laungkan kononnya parti merekalah yang boleh membantu dan membela nasib rakyat. Podah!! Lihatlah apa yang sudah berlaku di Puau Pinang. Rakyatnya ditindas, khususnya peniaga-peniaga Melayu. IBM tak mahu cakap banyak. Lu fikirlah sendiri wahai Lim Guan Eng, dan kepada pengundi-pengundi di Pulau Pinang, masihkah mahu mengundi DAP/PR pada PRU akan datang? Tepu dada tanya selera. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"