![](http://2.bp.blogspot.com/-5R54cfGrIbw/U0EwAs7q_yI/AAAAAAAAbOQ/NzUMcL_yENM/s1600/logo-1.png)
Bagaimanapun selepas itu, berdasarkan keterangan seorang saksi di tempat kejadian, terdengar bunyi tiga das tembakan dilepaskan kedua lelaki itu ke arah mangsa dan mengenai bahagian badan mangsa, katanya. "Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah di tangan kiri dan punggung, dan keadaannya setakat ini dilaporkan stabil," katanya. Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) oleh orang awam.
Polis turut merampas sebilah parang panjang yang mempunyai kesan darah di dalam kawasan pagar rumah berkenaan dan satu serpihan kecil anak peluru berdekatan kawasan itu. Arjunaidi berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"