SUSULAN kes seorang ahli pas seumur hidup membuat laporan polis membantah bacaan tahrim dan laungan azan ketika waktu subuh di masjid berdekatan rumahnya. Sekumpulan orang dari badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak polis telah datang ke rumah beliau untuk menasihati beliau akan perilaku buruk dan tak masuk akal itu. Sebagai seorang ahli Pas yang mengagung-agungkan perjuangan Islam dan lebih penting sebagai seorang islam sendiri beliau tidak sepatutnya membuat perkara yang menunjukkan peribadi buruk seorang muslim di Malaysia. Negara ini negara bertuah, rakyatnya berbilang kaum, berbagai agama bebas dianuti. Agama Islam sebagai Agama Rasmi.
Inilah wajah Ahli PAS seumur hidup yang tidak suka Tahrim dan azan subuh
Jika orang Islam sendiri gagal menghormati azan bagaimana kita hendak tengok penganut agama lain menghormati Islam itu sendiri seterusnya minat untuk mengetahui tentang islam? Walau apa pun dalam setandan pisang pasti ada satu atau dua yang rosak. Kita harapkan PAS agar mengajar ahli-ahlinya tentang ajaran Islam yang sebenar. Setidak-tidaknya ajarlah mereka tentang erti hormat. Lazimnya mereka pandai membantah namun kali ini tidak kena tempat sejujurnya menunjukkan kejahilan sendiri. Tuan rumah yang disewa oleh Pak Lebai ini telah memberi kata dua, jika tidak suka kepada bacaan tahrim dan laungan azan ketika waktu subuh di masjid Pak Lebai itu dipersilakan keluar daripada rumah sewa tersebut.
P/S ~ Kepada pemimpin-pemimpin, elok beno le Pak Lebai ni di tarbiahkan. Ingatkan orang-orang /ahli-ahli PAS ni warak orangnya. Ehmmm..tapi sebaliknya. Memang memalukan PAS dan agama Islam. Kalau macam ini, manalah bangsa lain nak hormat Islam. Inilah orang-orang dan antara puncanya Islam terus di hina di seluruh dunia. Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Apa nak jadi lah dunia ni, MasyaAllah . Lindungi lah kami.
ReplyDeleteibm~Bow,
DeleteKiamat dah nak sampai...bersiapa sedialah. Dah terlalu ramai DAJAL di dunia ni....