Wednesday, April 16, 2014

KERAJAAN PKR MEMBEBANKAN RAKYAT. CUKAI DINAIKKAN!! NAK SOKONG LAGI KE??

RABU, 16 APRIL 2014
PADA ketika rakyat Selangor berdepan dengan masalah kekurang air kini nasib mereka terus terumbang-ambing kesan daripada pelaksanaan dasar dan perancangan kerajaan negeri yang di lihat banyak pihak terus membebankan rakyat. Sebahagian besar mereka yang terlibat dengan masalah catuan air tentunya memahami betapa penderitaan tersebut cukup menyiksakan khususnya mereka-mereka yang tinggal di rumah-rumah flat.Bayangkan kesusahan yang perlu di tempuhi pada setiap hari untuk memastikan keluarga masing-masing mendapat kemudahan asas tersebut. Segala kudrat terpaksa di kerah khsusnya kepada mereka yang perlu naik turun tangga mengangkat air yang di bekalkan. Nampaknya segala janji yang di buat oleh PKR sewaktu kempen pilihanraya Kajang untuk memberikan kesenangan dan keselesaan kepada penduduk hanyalah retorik semata-mata.

Terbaru pendedahan oleh  YB Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) (Gambar bawah kiri) ketika membahaskan usul Peruntukan Tambahan (Perbelanjaan Pembangunan) 2014 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini cukup jelas memperlihatkan sikap kerajaan negeri yang di lihat mula membebankan rakyat. Rungutan sebuah keluarga di Kuala Selangor yang terpaksa membayar cukai sebanyak RM1.5 juta untuk tanah seluas kira-kira 0.4 hingga 0.6 hektar bagi tempoh pajakan 99 tahun mula di persoalkan. Katanya, perkara itu disedari apabila petani tersebut memohon untuk memperbaharui tempoh pajakan tanah yang diusahakannya. “Permohonan mereka telah ditolak oleh Pejabat Tanah dan Daerah kerana status tanah tersebut telah ditukar daripada pertanian kepada bercampur atau perindustrian yang memerlukan mereka membayar cukai tanah yang tinggi iaitu RM1.5 juta. Ini adalah jauh daripada kemampuannya sebagai seorang petani dan boleh menyebabkannya hidup merempat sedangkan me­reka telah duduk di situ sejak lebih 100 tahun.

Jika inilah tindakan yang di lakukan oleh kerajaan negeri Selangor , ianya memberikan isyarat jelas khususnya kepada warga petani betapa kerajaan negeri tidak pernah memikirkan tentang untung nasib mereka. Malahan tindakan seumpama ini di anggap sebagai zalim kerana sewaktu pentadbiran Barisan Nasional mereka hanya dikenakan kadar cukai yang rendah ekoran tanah dipajak itu diberikan status pertanian. Persoalannya kini kenapa secara tiba-tiba status tanah tersebut di tukar? Apakah kerajaan negeri Selangor punya agenda atau perancangan tertentu untuk menyisihkan penduduk dan mereka-mereka yang telah menetap dan mengusahakan tanah tersebut selama lebih dari 100 tahun ? Memetik kenyataan yang pernah di ungkapkan oleh Anwar Ibrahim sewaktu kempen PRK Kajang sebelum ini , di mana beliau mahu jadikan PRK Kajang sebagai landasan pertumbuhan ekonomi Selangor sudah cukup untuk rakyat Selangor tahu bahawa segalanya hanyalah dusta dan gula-gula politik. Cukai yang di kenakan terhadap keluarga petani di Kuala Selangor merupakan bukti betapa kerajaan negeri pimpinan PKR tidak berjiwa rakyat. Kepada rakyat Selangor hati-hatilah kerana yang bakal menerima musibah nanti adalah rakyat Selangor sendiri.

P/S ~ Dari dulu lagi rakyat di Selangor harus sedar. PKR ni memang parti kelentung rakyat. IBM tak faham dari segi mana elok dan telusnya perjuangan politik PKR ni? Semua yang mereka janji di dalam manifesto PRU dahulu semua bohong. Jadi, IBM nak tanya le pada rakyat Selangor ni, pada PRU yang akan datang, nak pilih PKR/PR lagi ke? Fikir-fikirlah sendiri. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...