Saturday, April 12, 2014

DUA LELAKI BERTATU HARIMAU KINI DICARI. TEMBAK DAN CEDERAKAN DUA ANGGOTA POLIS!

SABTU, 12 APRIL 2014
Dua anggota polis cedera ditembak seorang lelaki ketika melakukan rondaan di Taman Lembah Maju, Ampang pagi Jumaat. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, anggota polis berpangkat lans koperal yang berumur 26 tahun dan konstabel berumur 28 tahun dari Balai Polis Pandan Indah cedera parah dan dirawat di Hospital Ampang. “Keadaan anggota terbabit kini stabil,” katanya pada sidang media. Beliau berkata, kejadian berlaku apabila dua anggota tersebut terserempak dengan dua lelaki berumur sekitar 30-an yang bermotosikal dan dalam keadaan mencurigakan. “Ketika cuba didekati, dua lelaki itu segera melarikan diri dengan meninggalkan motosikal mereka sehingga memaksa anggota kami terpaksa mengejar suspek. 

Seorang anggota sempat menarik baju seorang suspek sehingga mendedahkan tatu bergambar harimau di belakangnya,” katanya. Abdul Rahim berkata, bagaimanapun suspek dapat meloloskan diri sebelum seorang daripada mereka melepaskan dua das tembakan dari jarak dekat sehingga mengenai perut lans koperal tersebut dan bahagian ari-ari konstabel berkenaan. Beliau berkata, polis masih mengesan kedua-dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan kongsi gelap berdasarkan tatu pada badan seorang daripada mereka. “Hasil siasatan mendapati pistol yang digunakan suspek adalah jenis revolver sementara motosikal yang dinaiki mereka telah dicuri di Setapak tahun lepas,” katanya.

P/S ~ PDRM, ayuh, giatkan mencari. Dapat tangkap lumatkan kedua-duanya sekali. Memang menjadi-jadi kes jenayah di negara kita ini. Ada kaitan dengan RBA yang di taja oleh DAPigs. Kalau tidak dibendung, ianya akan melarat. Adakah kes ini di anggap sendiwara dari Umno dan BN oleh pembangkang?....Kita tunggu dan lihat nanti. Tentu ada yang bersuara.Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...