SEPERTI yang dijangka, ADUN Kajang yang baharu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menggunakan kesempatan berbahas di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini untuk membela suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perkara ini IBM telah bisik-bisikan kepada beberapa orang rakan blogger. Rupa-rupanya betul segala jangkaan IBM tu. Presiden PKR yang baru mengangkat sumpah sebagai ADUN Kajang, ketika perbahasan menjunjung titah Sultan Selangor, menyifatkan seteru politik UMNO-Barisan Nasional (BN) sebagai obses kepada Anwar sehinggakan seringkali menyebut nama Ketua Umum PKR itu untuk dikritik.
![](http://1.bp.blogspot.com/-pnEkFM-8a3A/U0T9HD_CNjI/AAAAAAAAbWI/KQvAxki-Bd4/s1600/anwar+ibrahim2.jpg)
Menurut Kak Wan Jijah lagi, semenjak Anwar Ibrahim dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, ekonomi di Selangor telah meningkat sebanyak 6.1 peratus. Inilah sumbangan penasihat ekonomi. Dalam pada masa yang sama, telah membantu untuk meningkat ekonomi negara juga, katanya. Aduh...aduh...sedapnya cakap Kak Wan Azizah tu. Dan beliau menambah, dengan adanya Anwar Ibrahim sebagai penasihat maka negeri yang ditadbir oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu kekal sebagai penyumbang terbesar terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, iaitu sebanyak 23.5 peratus. Jangan tipu le Kak Wan. Rakyat Kajang boleh le Kak Wan tipu dengan linangan air mata mu itu.
![](http://2.bp.blogspot.com/-XAxX5ElYnIQ/U0T9KFbiTnI/AAAAAAAAbWQ/XaMVNpdzbys/s1600/wanprasan3.jpg)
Tapi Kak Wan mesti ingat, lebih baik Perdana Menteri tidak menjawab soalan-soalan yang mana kesohehan belum terjawab daripada memberi jawapan yang palsu seperti yang diamalkan oleh Anwar Brahim. Kerjanya asyik menipu dan menipu serta memberi harapan yang tinggi mengunung. Akhirnya habuk pun tarak. Itu sebablah tuhan tidak mengizinkan Nuar Brahim menjadi Perdana Menteri, kot-kot nanti negara Malaysia ini pun dia lelong. Apapun Kak Wan, katalah apa kamu nak kata di sidang DUN Selangor tu. Kan Selangor ni bapak korang punya. Berbahaslah korang seperti syok sendiri yang mana penghuninya adalah beruk-beruk dari Pakatan Rakyat (PR) yang tidak pandai berbahas. Apa yang dibentang semuanya Hampehhhh!. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"