DAH agak dah. Wang...wanglah yang mereka nak. Penculik dua wanita di Semporna tampil menuntut RM36.4 juta sebagai tebusan untuk membebaskan seorang daripada mereka iaitu pelancong dari China. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan, pihaknya telah menerima nota daripada penculik yang meminta tebusan sebanyak 500 juta peso atau RM36.4 juta.
Bagaimanapun Malaysia telah menghantar satu pasukan untuk melakukan rundingan dengan orang tengah yang telah dipanggil ketika ini, katanya kepada pemberita hari ini, Khamis. Zahid berkata, bagaimanapun pihaknya belum menerima sebarang bentuk tebusan bagi membebaskan wanita warga Filipina terbabit. Pada 2 April, pelancong China Gao Hua Yuan (gambar), 29, dan pekerja resort warga Filipina Marcy Darawan, 40, diculik dari Singamata Reef Resort di Semporna oleh tujuh lelaki bersenjata dipercayai kumpulan militan Abu Sayyaf.
Jika ini pun pembangkang nak politikan isu penculikan ini dan ada pihak yang menawarkan RM500 untuk menampar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kononnya pihak tentera di sempadan Sabah mudah dibolosi dan tidak berfungsi, maka IBM cabar mereka (pembangkang) supaya tanpil kehadapan untuk berbincang dengan penculik-penculik tersebut. Mungkin pembangkang boleh mengurangkan wang tebus atau tebusan di bebaskan dengan selamat tanpa apa-apa bayaran. Ada berani kah pembangkang? Jangan pandai bercakap dan mengkritik sahaja, tapi kosong, bak tin kosong yang tiada nilainya. Begitulah harga sebenarnya pembangkang.
Apapun, kita lupakan tentang kebodohan pembangkang ni. Harap wakil dari KDN yang akan melakukan rundingan dengan penculik tersebut akan beroleh kejayaan dan kita sama-sama doakan agar tebusan selamat dan dibebaskan. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"