Wednesday, April 30, 2014

TAK PERNAH SERIK. BUAT LAGI DAN LAGI. AKHIRNYA 20 TAHUN PENJARA, 10 SEBATAN. AMBIK KO!!

RABU, 30 APRIL 2014
TAK serik-serik. Dah buat sekali nak lagi. Itulah yang terjadi kepada manusia yang tidak pernah takut pada hukum Allah berbuat sesuka hati mengikut hati dan perasaan kerana dik mengikut kata nafu dan hasutan syaitan. IBM harap cerita yang di paparkan dibawah ini menjadi satu tauladan dan pengajaran pada diri kita semua. Sedapnya sekejap, tapi, bahananya tanggunglah sendiri. Bak kata perpatah, 'ikut kata hati mati, ikut kata  badan binasa'.

Bayangkan betapa menderitanya mangsa, gelap masa depannya dan macam mana dia hendak menghadapi masyarakat dan meneruskan perjalanan hidup. Memang mangsa rogol begitu tertekan. Tapi, si porogol langsung tidak memikirkan itu semua. Apa yang dia tahu, lepaskan nafsu syaitannya. Memang tak berhati perut langsung. Awas perogol ada dimana-mana. Wasallam ~ IBM

[Seorang penghantar piza dipenjara 20 tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah merogol anak bekas teman wanitanya yang berusia lima tahun, Julai tahun lalu. Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Hamdan Ahadluddin, 53, bersalah merogol kanak-kanak perempuan itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. "Mahkamah berpendapat pembelaan tertuduh adalah penafian semata-mata. Oleh itu, tertuduh didapati bersalah seperti mana dalam pertuduhan," katanya. 

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 2 Julai 2013. Hamdan didakwa merogol kanak-kanak perempuan itu di sebuah rumah di Lembah Subang, Petaling di sini pada Mei 2013. Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan. Terdahulu. peguam P.G Cyril yang mewakili Hamdan memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak telah memberikan kerjasama sepanjang siasatan dilakukan oleh pihak polis.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin pula berkata, mahkamah perlu mengambil kira rekod kesalahan lampau iaitu rogol yang pernah dilakukan tertuduh pada 2005 sebelum menjatuhkan hukuman. "Tertuduh tidak pernah insaf meskipun mempunyai rekod kesalahan lampau dan dia masih melakukan kesalahan yang sama (rogol) terhadap kanak-kanak itu yang sepatutnya perlu dilindungi olehnya," katanya. Tujuh saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan].

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...