Saturday, April 12, 2014

KUBU RBA DILAMAN SOSIAL PERLU DIROBOHKAN....

SABTU, 12 APRIL 2014
'Kubu' tentera siber propembangkang, Red Bean Army (RBA) di laman sosial perlu dihapuskan bagi menghalang tindakan mereka terus memecah-belahkan rakyat di negara ini. Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia yang juga pengasas blog SYA For The Nation, Shen Yee Aun berkata, pada masa ini, segala maklumat mengenai RBA di laman sosial dikumpulkan untuk dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Sehingga kini masih terdapat akaun baharu di laman sosial yang dikendalikan oleh RBA dan kami dalam usaha mengumpulkannya untuk diserahkan kepada SKMM.

“RBA ini boleh dikatakan 'langgar lari' dalam menjalankan operasi mereka menghasut masyarakat kerana setiap akaun yang dibuat dalam laman sosial akan dipadamkan sekali gus menyukarkan kami dalam menjejaki mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Tambah Yee Aun, maklumat yang diperoleh beliau menunjukkan RBA dibayar oleh pihak tertentu namun tidak dapat membuktikannya kerana urusan itu dibuat secara tunai. Semalam, Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Rafie Abd. Rahman berkata, siasatan awal telah dibuat namun masih gagal mengaitkan mana-mana individu di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berikutan tiada pengesahan untuk mengaitkan mereka dengan RBA.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao Krishna Naidu berkata, siasatan perlu dibuat segera kerana pihaknya telah menyerahkan senarai nama kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Senarai 800 orang itu telah dihantar dan masih menunggu persetujuan daripada Peguam Negara bagi menjalankan siasatan," katanya.

P/S ~ RBA yang ditaja oleh DAPigs ini perlu di perangai, disekat dalam apa jua keadaan pun. Mereka dah keterlaluan menghasut rakyat jelata terutamanya dilaman sosial. Segala bentuk provokasi, mencela dan memfitnah kerajaan mereka lemparkan dan selepas itu mereka akan menutup akaun lama mereka dan membuka akaun baru. RBA juga di ibarat baling batu sembunyi tangan dan cabut. Mereka bergerak begitu pantas sehingga SKMM sukar menjejaki mereka. Tapi, IBM rasa SKMM ada jalan bagi menjerat RBA ini dah dihadapkan ke muka keadilan. Jom kita ramai-ramai perangai 'Red Bean Army' (RBA). Wasallam ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...