IBM setuju sangat dengan kenyataan dari Datuk Seri Tengku Adanan bahawa Anwar Brahim akan politikkan apa jua isu demi untuk mencapai politik songsangnya. Menteri Wilayah Persekutuan itu mengulas dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat MAS MH370 seperti yang dilaporkan akhbar Britain, The Telegraph. Itu tudahan yang tidak berasas langsung. Tengku Adnan berkata, adalah mustahil bagi kerajaan untuk menyembunyikan maklumat MH370 dan tiada alasan untuk berbuat demikian, kerana kerajaan juga tidak suka kejadian itu berlaku. "Adalah mustahil bagi kita untuk menyembunyikan sesuatu...kenapa kita harus berbuat demikian? Kita tidak mahu perkara ini berlaku, dan kita tidak suka ia berlaku," katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis penyampaian anugerah kecemerlangan akademik di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 14 (1) di sini hari ini. Hanya orang bodoh, gila dan banggang seperti Nuar Brahim itu sahaja yang akan berkata sedemekian rupa. Semuanya itu hanyalah untuk memempah nama dan mendapat kredit dari rakyat. Kononnya apa yang dia kata (Anwar) betui belaka.
Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno berkata, beliau tertanya-tanya mengapa sesetengah orang ramai masih percaya pembohongan Anwar dan berharap mereka akan lebih rasional mengenai isu itu. "Mereka (pembangkang) akan memutar belit maklumat dan menceritakan yang buruk tentang kita sepanjang masa. Bagi mereka apa yang kita buat semuanya salah," kata Tengku Adnan. Ditanya sama ada ini muslihat politik Anwar, yang merupakan Ketua Umum PKR, beliau berkata: "Itu adalah Anwar yang sebenar. Segala-galanya tentang Anwar adalah politik dan beliau tidak peduli tentang negara dan rakyat. "Ia adalah sama dengan isu air di Selangor dan Kuala Lumpur apabila Pakatan menghalang kami daripada melaksanakan projek Langat 2 dengan tidak meluluskan projek itu. "Hanya baru-baru ini, mereka memberikan persetujuan kerana dikatakan wujud perbalahan antara beliau (Anwar) dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagi IBM, orang seperti Nuar Brahim ni yang dah gila, sewel dik kerana gilakan jawatan, baik kita biarkan dia meroyan sendiri. Lambat laun dia terus jadi gila kerana segala apa yang dia hajati tidak direstui oleh Allah SWT. Anwar Brahim harus 'bertaubat', kata-kata dari bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh yang juga peguam bela Nuar Brahim bagi kes liwat ll. Akhirnya Nuar Brahim kantoi dan akan ke Penjara Sungai Buloh tak lama lagi. Jom tadah tangan doakan supaya si Nuar Brahim ni berhenti jadi Dajjal dan perosak makhluk. Negara ini akan aman tanpa Anwar Brahim. Insyallah. Wasallam. Dari saya ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"