Thursday, April 17, 2014

EHHHH..DIA YANG PUTAR BELIT SALAHKAN ORANG PULAK. MEMANG KAKI PEMBELIT PUN DIA NI. PUIIII!

KHAMIS, 17 APRIL 2014
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuding jari kepada agensi berita Bernama ekoran salah menterjemah kenyataanya mengenai 'satu saat' bersabit insiden yang menimpa pesawat penerbangan Malaysia MH370. Anwar berkata, temubualnya dengan akhbar China, Southern Weekly disalah tafsir dan kemudiannya dijadikan modal politik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Kenyataan Datuk Najib semalam memutar belitkan kenyataan saya seolah-olah mengatakan saya seandainya Perdana Menteri saya akan mengambil masa satu saat untuk menyelesaikan masalah MH370. "Dan ini dikutip dari sumber Bernama, media rasmi kerajaan Barisan Nasional yang sebenarnya membuat penipuan terjemahan yang salah dari kenyataan saya di Southern Weekly, teks Cina asal ada yang mengatakan bahawa saya akan ambil masa satu saat untuk membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan untuk menjamin keselamatan negara dan memberi maklumat kepada orang ramai, bukan penyelesaian," katanya di dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR sebentar tadi. 

Anwar kemudiannya mempersoalkan tindakan bingkas Najib mengulas isu 'sesaat' itu namun lambat bertindak dalam menangani misteri kehilangan pesawat Boieng 777-200ER tersebut. "Najib tidak jawab isu yang timbul dalam kehilangan MH370, tapi beliau boleh pula cepat jawab mengenai sesaat ini. "Seperti biasa senjata fitnah Umno Barisan Nasional dibawah Datuk Seri Najib ialah merekayasa satu kenyataan kemudian menyerang, dan tidak merujuk kepada kenyataan yang benar. "Datuk Seri Najib, Datuk Hishamuddin dan menteri-menteri yang lain di UMNO harus jawab soalan-soalan pokok mengenai MH370," tegas Anwar. Anwar dalam pada itu mendesak Najib supaya menjelaskan mengapa radar tentera udara tidak dapat mengesan sebaik sahaja pesawat MH370 dikatakan berpatah balik semasa dalam penerbangannya pada 8 Mac lalu. "Perdana menteri harus jawab kenapa radar belanja ratusan juta di Gong Kedak, Kelantan sempadan Terengganu, Laut Cina Selatan gagal memberikan keterangan tersebut.

"Apa dengan membeli radar baru, kapal selam baru boleh selesaikan semua?" kata beliau lagi. "Ini bukan isu MH370 sahaja, ini isu keselamatan negara juga," kata beliau. Anwar juga mempersoalkan mengapa sehingga hari ini pihak Malaysia Airlines (MAS) dan kerajaan masih tidak mendedahkan mengenai butiran kargo yang dibawa oleh MH370. "Mengapa sehingga hari ini dokumen kargo tidak didedahkan kepada umum atau diberikan pihak bertanggungjawab. "Saya tidak tahu mengapa mereka sangat berahsia dalam isu kargo ini," kata Anwar. "Sikap bersembunyi dan berahsia tersebut menyebabkan berlaku wujudnya khabar angin dan teori mengenai kehilangan MH370,” kata Anwar. Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang bersama anak kapal itu hilang dan sehingga kini usaha mencari dan menyelamat giat dijalankan di Selatan Lautan Hindi.

P/S ~ Inilah perangai ketua Pembangkang sial. Dia yang memutar-belitkan isu kehilangan MH370 ni, tiba-tiba dia salahkan orang lain pulak. Kalau betul Bernama memutar-belitkan kenyataan beliau, kenapa tunggu, kalau berani saman le Bernama. Ada berani ke nuar? 'Satu saat' untuk menyelesaikan misteri kehilangan MH370. Bullshit! Budak-budak tadika pun ketawa terbahak-bahak. Apa punya bodoh le manusia yang bernama Nuar Brahim ni. Anwar Brahim 'Anugerah Tuhan'?.....hanya pencacai-pencacai PR sahaja yang percaya. Kini, orang kuat (Karpal singh) yang selalu mempertahankannya di Mahkamahsudah tiada...kemana lagi Nuar Brahim ni nak beregantung..dan dengar citer pengikut2 fanatik PAS beramai-ramai nak langkah mayat Karpal Singh....Hehehehehe..betul ke? IBM tak campur. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

2 comments:

  1. oitt nuar...ko sepatutnya ambik iktibar kengerian kojolnya kapal sinki kawan baik kau. Jangan sedapsedap aje main tibia atas dunia ni. Tengok si kapal kau...PENYEKK BROO..kau taknak insaf ke nuar oiii????

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm-Aku Melayu Rasis,

      Nuar brahim tu mana tahu insaf bro. Sampai dia mampus pun dia akan berkedaan begitu. Meroyan, menfitnah dan liwat memang dah jadi hobi dia...biarkan dia dgn angan2 mat jeningnya itu...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...