Monday, April 28, 2014

PELAKON SIDEK HUSSAIN MENINGGAL DUNIA. AL-FATIHAH!

ISNIN, 28 APRIL 2014

Berita sedih. Pelakon drama, Sidek Hussain disahkan meninggal dunia malam tadi setalah sekian lama menderita akibat ketumbuhan di bahagian pipinya sehingga menyebabkan kanser pada tahap empat. Sidek yang berusia 63 tahun kembali ke rahmatullah sekitar jam 11:55 malam tadi di Hospital Kuala Lumpur telah mengalami kompolasi kanser yang agak serius di seleruh badanya. difahmkan ketumbuhan yang mencapai berta dua kilogram itu pada peringkat permulaanya muncul ketika Sidek berusia dalam lingkungan 20-an. 

Allahyarham pernah mendapat rawatan pakar di Hospital Sungai Buloh bagi menjalani pembedahaan, tetapi tidak berjaya kerana berisiko tinggi. Selain kanser, beliau turut mengalami masalah jantung dan paru-paru. Kepada peminat-peminat drama yang mengenali atau meminati Allahyarham, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau moga rohnya di rahmati ooleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh. Aminn! Wasallam

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...