KUALA LUMPUR: Penyanyi yang terkenal dengan lagu irama keroncong, Kartina Dahari, meninggal dunia di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, petang tadi akibat barah. Perkara itu disahkan sendiri oleh Biduanita Negara yang juga teman baiknya, Datuk Sharifah Aini. “Anak angkat saya yang berada di Singapura memaklumkan, Kartina meninggal dunia di hospital Mount Elizabeth jam 6 petang tadi selepas bertahun-tahun menderita penyakit barah.
“Berita itu sangat menyedihkan kerana kami memang berkawan baik. “Kali terakhir saya bertemu dengannya sekitar Ogos tahun lalu, ketika saya mengunjungi rumahnya di sana,” katanya kepada BH. Selain menyanyi, Kartina, 73, juga dikenali sebagai pelakon. Antara lagunya yang popular ialah Jangan Ditanya, Sayang Di Sayang, Hati Ke Hati, Sejak Kita Berpisah dan duetnya bersama Datuk Ahmad Jais, Budi Setahun Segunung Intan.
Mari kita ramai-ramai sedekahkan Al-Fatihah moga rohnya dirahmati oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. Aminn ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Teringat pada masa aku kecil dahulu di kampong Geylang Serai, Jalan Betik. Kartina Dahari dahulu tinggal di Lorong Engku Aman, dekat Geylang Serai dan kampong Paya Lebar. Arwah Kartina Dahari ni dahulu bersekolah menengah Inggeris di Tanjong Katong Girls' School, pada masa itu aku belum di masukkan di sekolah menengah ini, kerana aku masih dalam bangku sekolah rendah di Telok Kurau. Semasa arwah Kartina Dahari masih dalam dunia kepopularitinya, beliau adalah gundik Sultan Pahang. Yang mana satu sultan Pahang pun aku tak tahu. Masa aku sudah jadi graduan dari Teachers' Training College, arwah masih tinggal di Qeen Astrid Road, dekat Sixth Avenue, Bukti Timah. Aku selalu memandu kereta lalu lepas depan rumah dia, macam istana bentuknya.
ReplyDeleteibm~Mak Bedah,
DeleteSalam. Ehmm...menarik ceritanya. T.kasih Mak Bedah kerana sudi berkongsi cerita tentang Allahyarham Kartina Dahari. Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihan kpdnya. Al-Fatihah!
Perkataan 'gundik' amat tak sedap didengar Dan tak sesuai digunakan bagi orang yg dah tiada. KD adalah salah satu isteti sultan pahang tapi mereka bercerai.
ReplyDelete