![](http://2.bp.blogspot.com/-IWxERsV1a6A/U2BaA7GWblI/AAAAAAAAcM4/s_qvWlidARI/s1600/270px-Computer_keyboard.jpg)
Dah gila ke apa dia ni. Apa yang si balu seko ni dapat? kepuasan, nak jadi popular? Bagi IBM ini semua kerja gila. Apapun tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak Polis yang cekap dapat mengesan kumpulan militan ini yang dianggap sangat-sangat merbahaya kepada negara dan negara luar. Jangan beri muka dan ruang kepada rangkaian pengganas seperti Al-Qaeda dan JI ini bertapak di negara kita yang tercinta ini. Kita rakyat Malaysia cintakan kedamaian, bukan keganasan. Wasallam ~ IBM
![](http://3.bp.blogspot.com/-I3oX-e7G3OY/U2BZ4GdpNcI/AAAAAAAAcMo/0S_hiUJe8wY/s1600/image.jpg)
Beliau turut mengesahkan kumpulan yang mirip rangkaian pengganas Al-Qaeda dan JI itu mempunyai perancangan untuk menyertai misi jihad di beberapa negara bergolak. Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau dan mencari saki-baki mereka. Kita percaya ahli kumpulan itu mesti lebih daripada 10 orang yang ditahan ini. Kita akan pastikan tiada seorang pun terlepas dan mereka akan dibawa ke pangkal jalan.
Malaysia adalah sebuah negara Islam yang mengamalkan kesederhanaan dan kita tidak menerima sebarang unsur militan atau mereka yang taksub dengan cara sebegini sehingga akhirnya memburukkan Islam dan negara ini sendiri," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pemakaian Pangkat Timed Based kepada 1,242 Koperal dan Sarjan Penjara Zon Tengah di Maktab Penjara Malaysia, di Kajang hari ini].
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"