PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya telah membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya sebagai duta produk kecantikan Aura White gara-gara kontroversi percintaannya dengan suami orang. Bagaimanapun pelakon itu tidak pernah digugurkan sebagaimana diperkatakan segelintir pihak sebelum ini. Pegawai pemasaran produk itu, Nurul Lina memberitahu, Hanez sendiri yang telah memohon untuk menghabiskan baki kontrak enam bulan yang diikat sejak Disember lalu tanpa mahu memperbaharuinya. Dia tidak digugurkan. Hanez sendiri memberitahu kami adalah lebih elok sekiranya dia mengundur diri. Kami faham dengan situasinya.
Lagipun sehingga kini perhubungan antara pihak kami dengan Hanez sangat baik. Dia pun tidak pernah memberi masalah kerana dia seorang yang sangat berdisiplin, katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa. Sebuah akhbar pada Selasa menerusi ruangan pojok melaporkan Hanez Suraya tidak akan menyambung kontrak dengan produk kecantikan Aura White gara-gara kontroversi dia bercinta dengan suami orang selain turut mempunyai masalah disiplin.
Gara-gara kontroversi itu juga, Aura White dilaporkan turut terkena tempias apabila jualan produk itu terus jatuh merudum. Dalam pada itu Nurul berkata produk itu menjadi lebih popular dan jualan semakin meningkat selepas kontroversi berkenaan. Hanez yang dihubungi mStar Online pula enggan memberi komen berhubung hal berkenaan. Sementara itu, pelakon baharu, Amyra Rosli (gambar kanan) pula dikatakan akan menggantikan Hanez sebagai duta produk berkenaan memandangkan wanita itu menepati ciri-ciri penuh sebagai duta Aura White.
P/S ~ Kan banyak lagi lelaki bujang di Malaysia ni Hanez. Kenapa nak pilih suami orang. Tak baik tau meruntuhkan rumah tangga orang. Muka lawa dan cun seperti Hanez ni kan ramai yang minat. Hehehehe...tapi, ada lelaki yang berminat dengan si Hanez ni takut dan segan nak pikat hati Hanez ni. Maklumlah artis glamour. Mereka kata tak tahu macam mana nak mula. So, Hanez citer...citer le sikit kot-kot ada yang sangkut nanti. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"