![](http://1.bp.blogspot.com/-iLxh9ZarmqU/U1c4a3xGBGI/AAAAAAAAb-Q/lnXEjzZgQ8M/s1600/Diskaun-PTPTN-2012.jpg)
Mengulas lanjut, Agos berkata setakat ini, 130,000 peminjam disenaraihitamkan, namun 45,000 daripada jumlah itu telah tampil untuk berunding dengan PTPTN supaya nama mereka dikeluarkan daripada senarai itu. Dalam pada itu, beliau berkata PTPTN menyasarkan peningkatan kepada 23 peratus dari segi jumlah kutipan bayaran balik pinjaman melalui kaedah potongan gaji tahun ini. "Kami menyasarkan peningkatan kutipan bayaran balik lima peratus tahun ini berbanding tahun lepas, dan kami berharap peminjam yang membuat pemotongan gaji pula meningkat daripada 12 peratus menjadi 23 peratus," katanya.
P/S ~ Kenapa le liat sangat nak baik ni? Dah habis belajar dan dah pun berkerja, pandai-pandai le bayar balik hutang tu. Kerajaan kita ni bukan kerajaan welfare. Berterima kasihlah pada kerajaan kita yang begitu prihatin dan memberi pinjaman semata-mata mahu melihat rakyatnya khusunya generasi muda untuk terus belajar mencari ilmu dan sekali gus mendapat pekerjaan yang bagus bagi menampung masa depan. Bayar jangan tak bayar. Cuba lihat jumlah di atas tu. Masyallah....Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"