Monday, April 28, 2014

OBAMA AKHIRI LAWATAN KE MALAYSIA DAN BERLEPAS KE FILIPINA. KESIAN NUAR BRAHIM TAK DAPAT JUMPA!

ISNIN, 28 APRIL 2014
Terbeliak mata Ketua Pembangkang, Nuar Brahim bila melihat Presiden Amerika Syarikat menaiki pesawat 'Air force One' dan melambai-lambaikan tangan mengucapkan selamat tinggal kepada para Menteri pengiring Malaysia untuk berlepas pulang dan akan singgah di Filipina untuk lawatan rasmi beliau. Dalam hati Nuar Brahim tentu berkata, Ini semua punca Najib. Najib yang menghalang Obama untuk tidak berjumpa dengan beliau. IBM bukan nak reka cerita tapi, tuduhan seperti itu yang dilemparkan oleh Ketua Pembangkang terhadap Perdana Menteri telah pun beliau suarakan baru-baru ini di media tempatan. 

Jadi, apa lagi yang hendak dipertikaikan lagi. Kan itu dah menjadi kebiasaan bagi Nuar Brahim akan menunding jari dan mencari kesalahan orang lain. Dalam apa hal sekali pun, dia sahaja yang betul. Itulah sikap Ketua Pembangkang yang menjadi kebangaan pengikut-pengikutnya. Dipendekkan cerita, hasrat Nuar Brahim untuk bertemu empat mata dengan Presiden Amerika itu mungkin  tidak akan menjadi kenyataan kerana tak lama lagi Nuar akan masuk penjara kerana disitulah tempat yang sesuai baginya. Berehatlah engkau disana wahai si 'sesumpah' moga tenanglah engkau disana dan cepat-cepatlah bertaubat. Wasallam.

KERATAN DARI SEBUAH AKHBAR TEMPATAN :
[SUBANG: Selepas tiga hari mengadakan lawatan ke Malaysia, Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama kini meneruskan kunjungan rasminya ke Manila, Filipina. Obama yang menaiki pesawat Boeing 747-200B berlepas dari pangakalan TUDM di sini kira-kira pukul 10.20 pagi, Isnin. Sebelum itu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyambut ketibaannya dan mengiringi beliau menerima tabik hormat daripada 28 anggota  Rejimen Renjer DiRaja yang diketuai Kapten Mohd Fadjrin Mansor.


Hadir sama ialah Duta Khas Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis dan Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Awang Adek Hussin. Terdahulu Obama dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan majlis menandatangani tiga perjanjian persefahaman (MoU) antara AS dengan Syarikat Malaysia.]

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...