JUMAAT, 25 APRIL 2014
Memang dah dijangka. Objek yang dikatakan terdampar di pantai Augusta bukan dari pesawat MH370. Bermakna, peluang masa ada untuk mencari mangsa-mangsa yang hilang walaupun secara lojiknya peluang untuk menjumpai mereka amat-amatlah tipis. Dan, kehilangan pesawat MH370 memang terlalu misteri dan tak masuk akal. Kalau terhempas, lambat laun mesti jumpa bangkainya. Ada juga yang membuat andaian bahawa MH370 di sorok. Tapi, dimana dan bagaimana dengan nasib para penumpang tersebut? Apapun tak elok kita membuat spekelasi atau menuduh terhadap mana-mana badan baik pun orang peseorangan. Kita semua telah berusaha, berdoa, sembahyang hajat untuk mereka yang beragama Islam. Kerajaan telah banyak berkorban demi untuk menyelamatkan mereka, tapi, apakan daya mereka masih belum di temui. Apabila berita dari Canberra yang kita terima semalam, ada diantara keluarga mangsa mengharap itulah objek dari MH370. Tapi sayang, hampa lagi.
Apapun, pencarian masih diteruskan. Baru berita hari ini mengatakan Kapal Kapal sokongan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Bunga Mas 6 (BM6) pada Khamis menyertai kapal frigat KD Lekiu dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi. Ia adalah kapal TLDM kelapan yang menyertai pasukan daripada pelbagai negara untuk mencari pesawat malang itu. Teruskan mencari walaupun seribu tahun lagi. Malaysia boleh! Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA