![](http://2.bp.blogspot.com/-1la-70LVq-U/U15OULPR4OI/AAAAAAAAcJY/M9SmlxgOXa8/s1600/270px-Computer_keyboard.jpg)
PAS MEMANG MUKA TAK MALU
![](http://1.bp.blogspot.com/-c8QX9iUtQp0/U15Os5oS9RI/AAAAAAAAcJw/6gM8Py51n7U/s1600/anthony_loke_17072013_484_322_100.jpg)
DAPIG TETAP TOLAK HUDUD
Jelas Anthony, DAP sedar bahawa pelaksanaan hudud adalah satu daripada matlamat perjuangan politik PAS tetapi prinsip muafakat yang dipersetujui sejak selepas pilihan raya umum 2008 ialah perjuangan parti harus mendapat konsensus anggota Pakatan Rakyat. Beliau merujuk kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai oleh pimpinan tertinggi DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya baru-baru ini berkata Pakatan Rakyat perlu memahami terlebih dahulu hudud yang hendak dilaksanakan di Kelantan sebelum ia menyokong hasrat kerajaan negeri pimpinan PAS itu. Polemik mengenai hudud kembali timbul selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan kesediaan kerajaan Persekutuan untuk menyokong mana-mana negeri yang mahu melaksanakan hudud. Ekoran kenyataannya di Dewan Rakyat itu, kerajaan negeri Kelantan mengumumkan rancangan mahu mengemukakan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2 Kelantan yang tertangguh sejak 1993 dilaksanakan di negeri itu.
Suatu ketika dulu Nik Aziz pernah memuji Anthony Loke kerana membela Nik Aziz di Parlimen. Ingat ke nak sokong Pas rupa-rupanya ada udang disebalik batu...jika kafir tu kafir jugalah. ~ Wasallam.
Suatu ketika dulu Nik Aziz pernah memuji Anthony Loke kerana membela Nik Aziz di Parlimen. Ingat ke nak sokong Pas rupa-rupanya ada udang disebalik batu...jika kafir tu kafir jugalah. ~ Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"