Rosmah Terkejut, Lutut Mengeletar, Badan Lemah...
![](http://1.bp.blogspot.com/-PIy9hvU9l-s/U04S0sHMlZI/AAAAAAAAbo8/OxxhoGEwcHw/s1600/mh370+dimana.jpg)
Mengimbau kembali pertemuan dengan anggota keluarga berkenaan, beliau berkata ada antara mereka memintanya memberi kepastian mengenai apa yang berlaku. Bagaimanapun katanya beliau merasa terkilan kerana tidak dapat banyak membantu dalam perkara ini. "Saya rasa helpless (tidak berdaya)...nak tolong tapi tak boleh tolong. Apa yang saya boleh buat ialah setakat menenangkan mereka," katanya. Ditanya tentang reaksi pertamanya apabila mendapat berita berhubung insiden itu, Rosmah berkata beliau merasa sedih dan terkejut. "Saya terkejut, lutut menggeletar, badan juga rasa lemah, malah terus berdoa kapal terbang segera ditemui," katanya. Katanya, perkara pertama yang terlintas di fikirannya ketika itu ialah pesawat itu kemungkinan mengalami masalah mekanikal. Dalam pada itu, beliau melahirkan penghargaan kepada pasukan mencari yang menunjukkan dedikasi tinggi dalam usaha pencarian yang kini tertumpu di selatan Lautan Hindi. Kehilangan pesawat itu kini memasuki hari ke-38. "Berilah kepercayaan kepada mereka yang bekerja keras dalam usaha pencarian itu," katanya. Katanya lagi, perkara pertama yang terlintas di fikirannya ketika itu ialah pesawat itu kemungkinan mengalami masalah mekanikal. Dalam pada itu, beliau melahirkan penghargaan kepada pasukan mencari yang menunjukkan dedikasi tinggi dalam usaha pencarian yang kini tertumpu di selatan Lautan Hindi. Kehilangan pesawat itu kini memasuki hari ke-38. "Berilah kepercayaan kepada mereka yang bekerja keras dalam usaha pencarian itu," katanya. Menurut Rosmah lagi, hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dan negara lain menyaksikan pelbagai negara tampil membantu mencari MH370 dengan pelbagai aset dan kelengkapan canggih. Beliau turut berkongsi sedikit dengan penonton mengenai perbualan telefon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin asing berhubung perkara itu. "Belum sempat suami saya habis bercerita mengenai insiden kehilangan pesawat tu, ramai yang terus menyatakan kesediaan untuk membantu dan bertanyakan apa yang boleh mereka bantu," katanya. Usaha mencari itu pada satu ketika melibatkan sehingga 26 negara dan ia dilihat sebagai operasi pencarian paling besar dalam sejarah penerbangan.
P/S ~ IBM malas nak komen. Korang bacalah sendiri. Hanya sikit je komen IBM. Yang korang sakit hati (bukan semua ye) kat Datin Rosmah tu, apa pasal? Apa yang dia dah buat pada korang? Cukup..cukupalah korang buat fitnah pasal dia ni. Kesian dia. IBM bukan bodek, tapi, realitinya kita semua tahu kan? Tuhan memerhatikan kita semua. fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"