Friday, April 11, 2014

PEMILIHAN PKR : ANWAR AZIZAH KEKAL BERENTAP?...HEHEHEH...BERLAKUN JE KOT!

JUMAAT,11 APRIL 2014
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disahkan berentap dengan suaminya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merebut kerusi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan hujung bulan ini. Walaupun spekulasi mengatakan bahawa kemungkinan salah seorang daripada mereka bakal menarik diri pada saat akhir, namun kedua-dua mereka tidak berganjak dengan pendirian masing-masing sehingga tempoh penarikan diri berakhir pada Khamis. Pengesahan perebutan sengit antara Wan Azizah dan suaminya itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Datuk Johari Abdul pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat.
"Sehingga kini dua nama itu (Wan Azizah dan Anwar) tetap bertanding bagi jawatan presiden. Tiada mana-mana pihak yang menarik diri," katanya. Bagaimanapun Johari berkata sama ada Anwar mahupun Azizah, mereka masih boleh menarik diri pada saat-saat akhir sebelum pemilihan berlangsung. "Selepas ini pun masih boleh tarik diri...kita tak halang. Tapi kalau boleh buatlah keputusan sebelum 15 April ini kerana selepas tarikh itu kita akan hantar senarai nama untuk dicetak dalam kertas undi. "Bezanya ialah kalau tarik diri selepas ini, wang deposit tidak akan dipulangkan. Malah jika nombor pencalonan sudah dicetak, undi untuk mereka akan dikira sebagai undi rosak," katanya.
Sebelum ini ramai pihak menjangkakan Wan Azizah yang juga penyandang jawatan Presiden sejak 1999 akan menarik diri bagi memberi laluan kepada Anwar untuk menang tanpa bertanding. Bagaimanapun perkara itu tidak berlaku dan persaingan antara Wan Azizah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, iaitu Anwar dijangka berlangsung.
P/S ~ Ala...bagi IBM ini adalah satu lagi lakonan dan sendiwara daripada suami isteri yang mengamalkan politik keluarga. Siapa tak kenal pasangan suami-isteri ini. Memang pandai berlakun bagi mendapat simpati daripada rakyat. Apatah lagi bila Kak Wan Jijah yang terkenal dengan linangan air mata duyongnya. Buat masa ini pencalon kedua-duanya telah diterima, tapi, bila tiba masa dan ketikanya pengumuman dibuat, IBM percaya Anuar Brahim akan menarik diri dari pencalonan dan Kak Wan jijah akan diistiharkan sebagai menang tanpa bertanding. Tak percaya tengoklah nanti. Lagi pun semua orang tahu apa itu PKR. "Parti Keluarga Rakyat" milik ahli keluarga Nuar Brahim. Kalau korang semua tertipu, tidak buat IBM. Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

1 comment:

  1. Bukan lakon dan bukan main2. Ini semua perkiraan licik Anuwar untuk terus berkuasa dan terus relevan dalam arena politik. Dia pergunakan apa dan siapa saja untuk capai cita2nya. Di masa yang sama dia akan kacau bilaukan sesiapa saja yang boleh halang atau gugat impiannya itu. Rayu dan tagih kesetiaan dan pengorbanan adalah untuk dirinya semata2.

    Anuwar kuat kerana dia mampu dengan sokongan dana Yahudi, tidak seperti Hadi yang melukut di tepi gantang, nak komen lebih2 pun tak berani.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...