![](http://4.bp.blogspot.com/-oMkWOMB2jvs/U0iKiSpRHDI/AAAAAAAAbfA/2S3tXHg7mSI/s1600/mh370+dimana.jpg)
Pada Khamis, CNN melaporkan dalam laman webnya dengan memetik seorang pegawai kanan Malaysia yang tidak dinamakan sebagai berkata bahawa pesawat TUDM dihantar sebelum data yang disokong pihak berkuasa menunjukkan bahawa pesawat itu berpatah balik ke arah barat. "Namun tentera udara tidak memaklumkan Jabatan Penerbangan Awam atau operasi mencari dan menyelamat sehingga tiga hari kemudian, pada 11 Mac, satu sumber yang terlibat dalam siasatan memberitahu CNN," laporan itu disebut sebagai berkata.
Bagi IBM, laporan tersebut amat-amat serius dan CNN patut di beri amaran keras. Ianya seolah-olah ada udang disebalik batu, atau lontar batu sembunyi tangan. Bahaya...memang bahaya kerana pembangkang akan menggunakan itu sebagai modal mereka untuk menyerang kerajaan. CNN, janganlah cuba nak jadi hero dan melaga-lagakan kami di Malaysia ini. Cukup..cukuplah tekanan yang kerajaan kami terima dalam mencari penyelesaian pesawat MH370 yang hilang. Akhir kata, CNN memang sial, lebih kurang macam akhbar pembangkang, Harakah, PKR Daily, M'siaKini dan banyak lagi kerana fitnah itu satu hobi buat mereka. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"