Tuesday, December 7, 2010

SIAPA PEMAIN TERBAIK FIFA 2010..?


Pilihan Pemain Terbaik FIFA 2010..?

> KAKA
> WAYNE ROONEY
> FERNANDO TORRES
> FRANCK RIBERY
> ROBIN VAN PERSIE
> DAVID VILLA
> ANDRES INIESTA
> LIONEL MESSI
> STEVEN GERRARD
> DENI ALVES
> DIDLER DROGBA
> XAVI HERNANDES
> CRISTIAN RONALDO

TRIO Barcelona, Andres Iniesta, Xavi Hernandes serta pemain terbaik dunia tahun lalu, Lionel Messi menjadi tiga calon akhir bakal meraih gelaran Pemain Terbaik Dunia dan akan membawa pulang anugerah Ballon d'Or FIFA 2010 yang pertama kali diperkenalkan tahun ini.
Iniesta dan Xavi berjaya membantu Sepanyol memenangi kejuaraan Piala Dunia pertama mereka manakala penyerang Argentina yang juga rakan sepasukan mereka, Messi menjadi pemain penting yang membantu Gergasi Sepanyol Barcelona mengekalkan gelaran juara liga mereka musim lalu.
Pemenang tahun lalu, Marta dari Brazil serta gandingan pemain juara Dunia Wanita dari Jerman, Birgit Prinz dan Fatmire Bajramaj akan bersaing bagi menentukan siapa Pemain Terbaik Wanita Dunia di kalangan mereka.
Senarai keenam-enam pemain ini diumumkan oleh FIFA semalam hasil undian ketua jurulatih dan ketua pasukan serta panel daripada wakil media aantarabangsa.
Sementara itu, tiga jurulatih, Jose Mourinho (Inter Milan)/Real Madrid), Vicente del Bosque (Sepanyol) dan Pep Guardiola (Barcelona) akan bersaing bagi merebut gelaran Jurulatih Terbaik yang diperkenalkan buat kali pertama.
Jurulatih pasukan 20 tahun Jerman, Maren Meinert akan bersaing dengan rakan senegarannya yang melatih pasukan kebangsaan, Silvia Neid dan jurulatih Amerika syarikat berbangsa Sweeden, Pia Sundhage dalam kategori wanita.
Pemenang akan di umumkan pada 10 Januari ini dalam majlis yang akan berlangsung di Zurich.

# IBM : Siapa tekaan anda..? Bila agaknya pemain-pemain bolasepak kita akan tersenarai di dalam pemilihan pemain terbaik fifa..? dan...begitu juga pasukan bolasepak negara, bila lagi akan beraksi di Piala Dunia..?..tak sabar nak tunggu....Jawapan siapa pemain terbaik FIFA 2010..?...tungguuuuu Januari 2011...!



Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...