Tuesday, December 7, 2010

ANWAR TEWAS LAGI. HAKIM ENGGAN TARIK DIRI


KUALA LUMPUR 6 Dis - Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini membuat keputusan menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya beliau menarik diri daripada terus mendengar kes Fitnah II terhadap Ketua Oposisi itu.

Semasa perbicaraan bersambung pagi tadi Mohamad Zabidin berhujah beliau tidak mendapati berlakunya sikap berat sebelah daripada transkrip prosiding mahkamah yang dibacanya dan dengan itu menolak permohonan pihak pembelaan.

Anwar membuat permohonan terhadap hakim tersebut berikutan dakwaan Mohamad Zabidin mahu mengenakan ketua peguambela, Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah .

Ini berlaku apabila Karpal mahu menggugurkan hakim kerana didakwa tidak patuh kepada keputusan Mahkamah Agung berhubung usaha pihak pembelaan mendapatkan dokumen proforma yang dirujuk oleh pakar forensik patologi dari Hospitak Kuala Lumpur Dr Siew Sheue Feng.

Susualkan daripada bantahan Karpal, hakim tersebut menarik balik ugutannya serta mengarahkan Dr Siew memberi dokumen itu kepada pihak pembelaan.

Namun Karpal berkeras agar Mohamad Zabidin digugurkan daripada mengendalikan kes itu atas alasan kemungkinan berlakunya situasi berat sebelah.

Pertama kali pihak pembelaan mahu Mohamad Zabidin digugurkan ialah pada awal tahun apabila hakim itu enggan memberi amaran kepada akhbar Utusan Malaysia kerana didakwa salah laporan berkaitan prosiding perbicaraan.


# IBM : Anwar kantoi lagi. Hakim tak layan permintaan anwar supaya menarik diri dari kes liwatnya. Apa dia ingat semua hakim dia boleh gertak.?.....teruskan wahai tuan hakim yg bijaksana...dah tak sabar nak tunggu Anwar di humban ke dalam penjara di Sungai Buloh.....Hehehehe......

AddThis Social Bookmark Button
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...