Friday, December 10, 2010

Khalid Gaggap Kena 'Booo' Di Shah Alam

"Buku ini mengandungi 10 dalil mengapa gagap aku tidak boleh diubati."
Wajah Mr Sensitif..!

SHAH ALAM - Exco Kerajaan Negeri, Dr Yaakob Sapari kesal ahli UMNO Selangor membawa tukang 'sorak' yang menggangu ketika beliau sedang berucap di Majlis persidangan Penghulu dan Penggawa Semenanjung Malaysia, semalam.
Menurutnya, majlis yang diadakan di Dewan Politeknik Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tercemar dengan insiden ahli UMNO menggangu suasana majlis.
Beliau berkata, tindakan ahli UMNO dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) yang bersorak sambil menggangu ucapan tersebut dilihat sebagai tidak beradab dan bermaruah.
"Hal ini begitu kontradiksi dengan semangat Ketuanan Melayu yang dilaungkan oleh UMNO yang dilihat sebagai satu slogan retorik.
"Pihak penganjur berasa begitu kecewa atas tindakan biadab pimpinan UMNO. Pihak penganjur juga menggesa agar mereka yang terlibat tampil memohon maaf atas kelakuan buruk mereka," katanya.
Beliau yang mewakili Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berharap rakyat Selangor menjadi bangsa yang mengagungkan Ketuanan Melayu. Hadir sama di majlis tersebut, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Dalam insiden tersebut, ucapan Abdul khalid yang disampaikan Yaakob disambut dengan cemuhan dan pekikan 'booo' oleh sebilangan hadirin.
Mereka bertindak demikian apabila ucapan tersebut mula menyentuh mengenai isu pembahagian peruntukan yang sama rata kepada wakil rakyat di negeri yang dikuasai 'Pakatan Rakyat'. Ucapan tersebut disambut dengan laungan "sudahlah" dan "ini bukan mesyuarat Pakatan Rakyat."

# IBM : Aiik..macam mana dia boleh tahu yang bersuara tu orang UMNO..?..memang pakar dia ni. Nak suruh depa2 tu minta maaf..?...kirim salam dulu. Itu bukan cara kita. Bila depa mengutuk, menfitnah orang2 UMNO, depa selamba rock je...dan tahu pulak seko ni bercakap pasal ketuanan Melayu. Sedangkan pemimpin2 atasan depa suruh hapuskan ketuanan Melayu...tidakkah depa sedar apa yg depa cakap.?..depa tu bukan melayu ke.? inilah melayu yg Tun Mahathir kata, 'Melayu mudah lupa'.....tapi Tun, melayu UMNO tidak mudah lupa...dulu, kini dan selama2nya......
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...