JAMIL KHIR
Tingkat Usaha Promosi Islam.
BANGI - Konvensyen Kesedaran Dakwah Melalui Pelancongan Masjid yang diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim) di sini diharap dapat mempromosikan Islam kepada masyarakat dunia dengan lebih berkesan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berharap konvensyen anjuran bersama Ilim, Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Jabatan kemajuan Islam Malaysia serta Kementerian pelancongan itu dapat membimbing pemandu pelancong dan sukarelawan Masjid dari 12 negara berperanan lebih aktif dan inovatif.
"Seperti kita maklum masjid dianggap sebagai tonggak kepada syiar Islam.
Oleh itu kita mestilah menggunakan peluang ini sebaiknya dalam usaha menyebarkan dakwah dan agama Islam dengan berkesan," katanya dalam ucapan perasmian konvensyen itu disini semalam yang dibacakan Setiausaha politiknya Shahbudin Yahya.
Konvenysen yang berakhir Jumaat ini dihadari 50 peserta antaranya dari Hongkong, Taiwan, Jepun, Kemboja, Indonesia, Bahrain dan Turki.
Timbalan Pengerusi Islamic Outreach Abim, Normah Sulaiman pula memberitahu pemberita bahawa Abim menyediakan khidmat pemandu pelancong dan sukarelawan masjid sejak tahun 2002 di Masjid Negara kerana menyedari ramai pelancong dari luar negara suka merakamkan gambar kenangan di masjid - Bernama.
# IBM : Berdawah sambil mempermosikan negara kepada dunia luar. Tahniah kepada Kementerian Jabatan Perdana Menteri di atas usaha yang murni ini. Insyallah ramai lagi para pelancong akan berkunjung ke negara ini kerana keharmonian dan kesetabilan politik di negara kita ini......