Sunday, December 12, 2010

POLIS PANTAU POLIS. BIAR BETUL..!!

"Pening kepala dibuatnya. Rasuah..Rasuah..!!" - Ismail Omar


PDRM Ada Mekanisme Tersendiri Pantau Kes Pegawai Dan Anggota Terlibat Dengan Rasuah
"Kita perlu kerjasama semua pihak salurkan maklumat berhubung anggota atau pegawai yang terlibat dalam rasuah."-
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya sentiasa berhubung dengan setiap jabatan di dalam perkhidmatan PDRM ini bagi mengawasi anggota yang terbabit dan seterusnya mengambil tindakan.
"Kita memang sentiasa berusaha dengan kadar berterusan untuk memantau mana-mana anggota dan pegawai yang terbabit dengan keiatan rasuah. "
Katanya, PDRM memerlukan kerjasama semua pihak dalam menyalurkan maklumat kepada mereka berhubang mana-mana anggota atau pegawai yang terbabit dalam rasuah.
Menurutnya, setiap anggota dan pegawai PDRM perlu mewujudkan itegriti dalam pasukan supaya dapat bertanggungjawab membanteras jenayah termasuk jenayah rasuah supaya dapat dilakukan dengan lebih efektif dan berkesan lagi.
"Bukan saja rasuah tetapi juga isu ketidakpuashatian masyarakat terhadap taraf perkhidmatan mereka. Contohnya tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa tempatan yang tidak mengangkat sampah, longkang tersumbat, rumput panjang. Maklumat ini juga diterima selain aduan rasuah, " katanya. - Bernama

# IBM : Demi untuk menjaga maruah PDRM dan Negara, memang patut di sokong oleh KPN bagi menyekang amalan rasuah di kalangan anggota PDRM. Perlu juga diingat, bukan semua anggota-anggota ini terlibat dengan amalan rasuah. Ada yang betul-betul nenjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan berdedikasi. Katakan ' Tak Nak Pada Rasuah '.......



Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...