Saturday, January 1, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

1 JANUARI

Salam, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Di hari pertama pada tahun baru 2011 ini, agak-agaknya apa yang menarik untuk kita imbau kembali akan sejarah yg berlaku pada hari ini....jom kita lihat......

PERASMIAN KERETAPI BUKIT BENDERA
PERASMIAN KERETAPI BUKIT BENDERA
Tarikh peristiwa: 01-01-1924

Pada hari ini dalam tahun 1924, Perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera, Pulau Pinang telah dirasmikan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Lawrence Nums Guillemard. Perkhidmatan keretapi Bukit Bendera telah dimulakan perkhidmatannya pada 21 Oktober 1923 dan merupakan bukit yang pertama mempunyai stesen keretapi dengan ketinggian 830 meter dari aras laut. Keretapi Bukit Bendera telah diwartakan pada tahun 1950 di bawah Penang Hill Railway Ordinance No. 42/1950. Sejak memulakan perkhidmatannya, keretapi Bukit Bendera merupakan satu badan yang tersendiri di bawah Kerajaan Negeri dan pentadbiran penyeliaan operasinya diletakkan di bawah Jabatan Lektrik, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan telah diambil alih oleh Lembaga Lektrik Negara pada 1 Januari 1976. Mulai daripada 1 Februari 1977, kerja-kerja pengurusan operasi Keretapi Bukit Bendera telah diambil alih oleh Jabatan Kerja Raya dan kemudiaanya di tadbir oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 1 Januari 1982, manakala urusan penyelenggaraan masih dibawah Jabatan Kerja Raya. Sesungguhnya, Perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera merupakan salah satu daya tarikan utama pelancong ke Pulau Pinang.

Selamat Membaca !!
Sumber : Arkib Negara



Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...