Monday, January 24, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Salam, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Diharap semua para pembaca blog berada di dalam keadaan sihat wal'afiat bersama keluarga yang tersayang dan meneruskan tugas yang telah diamanahkan. Sambil itu jangan lupa baca apa yang berlaku pada hari ini di dalam sejarah tanah air. Jom kita baca.....

24 JANUARI
PEMBUKAAN RASMI BANK NEGARA MALAYSIA.

Pada hari ini dalam tahun 1959, Bank Negara Tanah Melayu telah dibuka dengan rasminya oleh D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibn Al-marhum Tuanku Muhammad. Di dalam titah perasmiannya baginda telah menyatakan bahawa dengan tertubuhnya Bank Negara ini, ia menandakan satu lagi peristiwa penting yang telah dicatat di dalam sejarah Tanah Melayu semenjak negara mencapai kemerdekaan. Antara fungsi utama Bank Negara ialah seperti merancang aktiviti kewangan kerajaan selain bertanggungjawab menentukan perjalanan aktiviti ekonomi negara, termasuklah menyelenggarakan segala keadaan kredit yang boleh mendatangkan kebaikan kepada Kerajaan Persekutuaan. Tuan W.H Wilcock telah dipertanggungjawabkan sebagai Gabenor Bank Negara yang pertama, sebelum dilantik ke jawatan tersebut beliau merupakan Penasihat Bank Kerajaan dan telah memegang jawatan tersebut dari Januari 1959 hingga Julai 1962.


* Selamat Membaca - IBM

Sumber : Arkib Negara

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...