Monday, January 10, 2011

Misi tawan Kelantan PRU Ke - 13

UMNO Kelantan tumpu khusus 23 DUN


MACHANG 9 Jan. – UMNO Kelantan memberi tumpuan khusus terhadap 23 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam rangka untuk merampas negeri ini daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihaknya terpaksa memberikan tumpuan khusus kepada kawasan tertentu sahaja kerana kekurangan sumber selain sukar untuk menembusi kubu-kubu kuat Pas.

Beliau berkata, UMNO negeri ini yakin akan mendapat sokongan daripada rakyat berdasarkan perubahan yang berlaku di peringkat akar umbi kini seperti yang ditunjukkan pada Pilihan Raya Kecil DUN Galas dan Manek Urai.

“Disebabkan sumber seperti wang dan tenaga yang terhad sudah pasti kita tidak boleh memberi tumpuan kepada semua kawasan, kalau kawasan yang sukar ditembusi sudah pasti agak susah untuk kita memberi tumpuan.

“Sasaran kita adalah untuk menang di Kelantan walaupun dengan majoriti mudah. Kita tahu ini bukan perkara mudah kerana sudah 20 tahun Pas memerintah negeri ini tetapi kita akan berusaha kerana sudah ada perubahan seperti reaksi yang diberikan ketika saya turun ke Bachok, Rantau Panjang dan Tumpat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Taklimat Jentera Pilihan Raya di sini hari ini.

Majlis tersebut dihadiri seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada ketua UMNO bahagian, ketua sayap parti, pengarah dan penyelaras DUN.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri meminta semua bahagian UMNO di negeri ini supaya melengkapkan pangkalan data mengenai pengundi dalam tempoh dua bulan daripada sekarang.

“Saya minta kepada semua bahagian supaya membuat kerja secara terancang dan mereka perlu membina pangkalan data yang mantap, sekarang ada pangkalan data tetapi banyak yang tidak lengkap, masih ada senarai pengundi yang tercicir.

“Jadi sebelum berperang kita kena pastikan pangkalan data lengkap, kita bagi tempoh dua bulan kepada bahagian dan sayap-sayap siapkan pangkalan data, kerja kena tersusun dan ada perancangan yang teliti,” katanya.

Menurut beliau lagi, semua pihak perlu bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada tahun ini bagi memastikan perancangan untuk menawan negeri ini akan tercapai.

“Pada setiap minggu saya akan turun bertemu dengan jentera di dua bahagian bermula awal tahun ini, setakat ini saya telah bertemu dengan jentera di Bachok, Tumpat, Rantau Panjang dan petang ini Kuala Krai.

“Saya mahu mendengar masalah dan memberikan semangat kepada jentera kerana perubahan sudah ada seperti yang ditunjukkan di Galas dan Manek Urai,” katanya.


KATA IBM : Cayalah Tok Pa...teruskan, semoga berjaya. Hidup UMNO Kelantan !!


2 comments:

  1. Kena tunggu Nik Ajis bukan nyayuk tapi mampus. Kemudian 3 Abdul bergaduh untuk menjadi MB. Baru nampak harapan.

    ReplyDelete
  2. Salam. Insyallah. Tak lama lagi tu...tuhan telah tunjukkan jalannya...hanya UMNO perlu berkerja lebih kuat dan dekati rakyat selalu.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...