Monday, January 17, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum.

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Orang kata malang memang tidak berbau. Kita mesti terima hakikat ini. Hari ini dalam sejarah mengajak kita mengimbau akan kejadian 'kebakaran' besar di Kota Bharu. Jom kita baca.......

17 JANUARI

KEBAKARAN BESAR DI KOTA BHARU
KEBEKARAN BESAR DI KOTA BHARU
Tarikh Peristiwa: 17-01-1944

Pada hari ini dalam tahun 1944, satu kebakaran besar yang telah mencatat sejarah di negeri Kelantan telah berlaku di bandar Kota Bharu yang menjadi ingatan dan sebutan penduduknya. Kebakaran telah berlaku kira-kira jam 2.30 petang, kejadian bermula di sebuah kedai dan kilang kayu kepunyaan seorang Cina berhampiran Pengkalan Masjid Besar di tepi Sungai Kelantan. Kebakaran tersebut telah memusnahkan 2 buah kilang dan stor kayu serta rumah-rumah penduduk kawasan itu yang terletak di sepanjang Sungai Kelantan. Api merebak dengan cepat memandangkan kedudukan rumah yang rapat dan bahan binaannya terdiri dari kayu dan atap nipah. Keadaan menjadi lebih buruk ditambah dengan angin ribut yang kencang ketika itu. Ini kerana monsun timur-laut belum lagi berakhir sepenuhnya. Kebakaran yang mengambil masa lebih daripada satu jam itu telah melenyapkan seluruh kawasan perkampungan dan kilang-kilang di sekitarnya. Negeri Kelantan ketika itu berada di bawah pentadbiran tentera Thai selepas diserahkan oleh Jepun kepada Kerajaan Thai melalui perjanjian antara keduanya pada 20 Ogos 1943. Keadaan ekonomi ketika itu agak teruk ditambah pula dengan kejadian kebakaran yang telah melumpuhkan lagi pendapatan ekonomi rakyat dan negeri Kelantan amnya. Kemudahan-kemudahan peralatan memadam kebakaran tidak mencukupi dan orang ramai terpaksa bertungkus-lumus membantu mencegah kebakaran daripada terus merebak.

KATA IBM : Selamat Membaca, kerana membaca diwaktu pagi-pagi begini mengurangkan rasa 'Stress' kita......

Sumber : Arkib Negara.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...