Friday, January 14, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Hari Jumaat dan Salam 1 Malaysia.

Hari ini, pada tarikh hari ini , Negara kehilangan seorang Pemimpin Negara yang amat di kasehi. Nak tahu siapa?...jom baca.......



14 JANUARI
TUN ABDUL RAZAK MENINGGAL DUNIA
TUN ABDUL RAZAK MENINGGAL DUNIA
Tarikh Peristiwa: 14-01-1976

Pada hari ini dalam tahun 1976, Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah kembali ke Rahmatullah di London pada jam 6.30 petang waktu Malaysia. Berita mengenai pemergian Allahyarham telah disampaikan oleh Pemangku Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn ke seluruh negara menerusi Radio Televisyen Malaysia. Allahyarham telah pergi ke London untuk menjalani rawatan akibat penyakit ‘acute leukemia’ yang dihidapi olehnya. Jenazah Allahyarham telah diterbangkan dengan penerbangan Khas Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan kemudianya di bawa ke kediamaan Allahyarham di Sri Taman, Kuala Lumpur sebelum disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Penglibatan Tun Abdul Razak dalam arena politik bermula sejak menuntut di London lagi, dan bergiat aktif setelah memasuki UMNO dan dilantik sebagai Ketua Pemuda. Mulai tahun 1951 hingga 1970 Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Timbalan Yang di Pertua UMNO dan menganggotai jemaah kabinet sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1955. Sesungguhnya pemergian Allahyarham amat dirasai oleh seluruh masyarakat, di atas segala jasa bakti yang telah disumbangkan dalam pembangunan negara, Tun Abdul Razak telah diberi gelaran sebagai Bapa Pembangunan Negara.

KATA IBM : Al-Fatihah.....ketika itu seluruh rakyat di Malaysia merasa sedih dan berdukacita kerana kehilangan seorang PM yang amat di senangi dan banyak berjasa. Dari Allah dia datang, kepada Allah juga dia kembali......Amin...dan selamat membaca..!!!

Sumber Ikhsan : Arkib Negara.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...