Friday, January 14, 2011

Manifesto 2008 PR tiada nilai : Kata ADUN Batang Kali.

Salam.
Saya ingin menyentuh atau mengimbas kembali janji dan manifesto PR di PRU ke-12 2008. Antaranya ialah memberi Air percuma. Tapi saya lihat ianya tidak membantu rakyat.





YB sifatkan pemberian kerana terpaksa tunai janji manifesto PR

"Inilah isu yang gagal ditangani Kerajaan Negeri, tetapi mereka bangga, kononnya membela nasib golongan memerlukan." - Datuk Mohd Isa Abu Kasim


Pemberian 20 meter padu air percuma yang diberikan Kerajaan Negeri disifatkan tidak membantu golongan yang sepatutnya.

Ini, disuarakan oleh ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, YB Datuk Mohd Isa Abu Kasim. Katanya, pemberian air itu hanya terpaksaan Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat (PR) dalam menunaikan janji seperti terkandung dalam manifesto mereka.

Persoalan yang timbul sekarang ini, bagaimana nasib mereka yang menghadapi tunggukan bil air. Adakah cara Kerajaan Negeri ini membantu mereka yang kebanyakannya berpendapat rendah. Inilah isu yang gagal ditangani oleh Kerajaan Negeri, tetapi dalam masa yang sama mereka bangga dengan kegagalan itu yang kononnya membela nasib golongan yang memerlukan.

Mohd Isa berkata, berbeza dengan program Syabas prihatin melalui Tabung Budi itu yang dilihat lebih tertumpu kepada golongan sasar seperti orang miskin, ibu tunggal dan orang-orang kurang upaya (OKU).

Oleh itu, beliau melahirkan rasa terharu, dan katanya lagi, program Syabas prihatin itu wajar dicontohi semua pihak dan disokong agar lebih ramai yang membantu. Selama ini kita ditawarkan dengan air percuma oleh Kerajaan Negeri, tetapi hakikatnya tidak membantu orang susah dan benar-benar memerlukan. Kesimpulannya manifesto PR ini tiada nilainya, semata-mata janji-janji politik.


Kata IBM : Kalau rakyat sudah mula sedar dan tahu siapa Pakatan Rakyat ni (PR) yang sebenarnya, kita harap rakyat Selangor bangkit. Mari bersama-sama UMNO/BN...kita rampas kembali Selangor dari petualang-petualang PR ni. Setakat air percuma..apa ada hal. Kalau depa terrer benar, kita cabar mereka untuk mendapatkan bil elektrik separuh harga, bukan percuma, ada berani kah depa..???....


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...