Friday, January 21, 2011

Kerajaan Selangor Menipu Rakyat lagi. Kali Ini Isu Logo 1 Malaysia



Salam, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Apa dosa sebenarnya logo 1 Malaysia ni hinggakan Kerajaan Selangor sanggup mengharamkannya dari dipamirkan di kedai-kedai..??


SHAH ALAM, 21 Jan - Menipu lagi. Nampaknya kerajaan pakatan pembangkang di Selangor menerusinya Menteri Besarnya,Tan Sri

Khalid Ibrahim dan Exco-exconya terus melakukan siri pembohongan rakyat.

Kali ini kerajaan pakatan pembangkang Selangor melakukan penipuan berkenaan larangan penggunaan logo 1Malaysia.

Merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Selangor berkenaan larangan penggunaan logo 1Malaysia yang dikeluarkan media-media perdana pada 5 Jan 2011 lalu, bahawa tiada larangan penggunaan logo tersebut tetapi hanya berlaku kekeliruan, malah mengatakan bahawa permis perniagaan boleh menggunakan logo tersebut tetapi perlu mendapatkan kebenaran daripada PBT.

Mendedahkan perkara itu Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar memberitahu bahawa segala kenyataan yang diberikan Menteri Besar Selangor itu adalah kenyataan yang menipu rakyat semata-mata.

Ini kerana kata beliau kerajaan Selangor melalui Exconya, Ronnie Liu telah mengeluarkan arahan bertulis kepada semua PBT supaya melarang penggunaan logo tersebut di iklan, banner, bunting dan di premis-premis perniagaan di dalam kawasan PBT Selangor.

“Ini jelas memperlihatkan betapa kerajaan negeri tidak telus dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat dan di dalam masa yang sama cuba menipu rakyat dengan menggunakan media.

“Sehubungan dengan itu, saya ingin mengulangi pendirian bahawa Barisan Nasional Selangor tidak akan tunduk dengan kerajaan yang anti perpaduan dan mementingkan retorik politik semata-mata”, katanya.

Beliau turut menyifatkan Menteri Besar Selangor seperti burung kakaktua yang tidak tahu apa yang diperkatakan.

“Cubaan menjadikan logo 1Malaysia sebagai satu barang mainan politik mereka tidak boleh dimaafkan kerana 1Malaysia bertujuan untuk memumupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia,” katanya. -MediaUMNO

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...