Wednesday, January 5, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Salam, Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia. Mari kita lihat apa yang berlaku pada hari ini....


5 JANUARI

DARURAT BANJIR KEBANGSAAN DIISYTIHARKAN
DARURAT BANJIR KEBANGSAAN DIISYTIHARKAN
Tarikh Peristiwa: 05-01-1971

Pada hari ini dalam tahun 1971, Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Abdul Razak bin Hussein telah mengisytiharkan Darurat Banjir Kebangsaan. Pengisytiharan ini dilakukan akibat keseluruhan negara telah ditenggelami air. Jumlah kematian akibat daripada banjir di seluruh negara sehingga tarikh pengisytiharan ini berjumlah 20 orang dan mereka yang dipindahkan seramai 95,000 orang. Jumlah yang paling besar dipindahkan ialah di Pahang iaitu 40,000, di Johor hampir 17,000 orang dan di Selangor seramai 14,000 orang. Selain daripada kematian, harta benda yang lain turut musnah seperti rumah-rumah, bangunan dan jambatan. Di ibu kota kedai-kedai makanan telah diserbu oleh orang ramai untuk membeli barang-barang makanan sebagai persiapan menghadapi bahaya yang lebih buruk. Keadaan bertambah sulit lagi apabila perhubungan terputus, bekalan elektrik terganggu, jalan raya dan jalan keretapi rosak. Terputusnya bekalan makanan termasuk sayur-sayuran, ikan dan juga barang-barang keperluan dapur. Keadaan sebeginilah menyebabkan Kerajaan memutuskan membuat pengisytiharan Darurat Banjir Kebangsaan. Antara langkah-langkah yang dijalankan bagi mengawal keadaan yang telah dilakukan oleh Kerajaan ialah Markas Darurat Banjir telah ditubuhkan di bangunan Parlimen bagi mengawasi keadaan banjir di seluruh negara.

KATA IBM : Selamat Membaca !!

Sumber : Arkib Negara


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...