Salam, Pelan 100 hari oleh pakatan pembangkang adalah kenyataan kedai kopi yang dilaungkan sebagai tawaran kepada rakyat tanpa melalui fasa pemikiran dan kebijaksanaan para pemimpinnya.
Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin melihat program yang mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum (PRU) Ke-13 janji atas angin sahaja.
“Orang yang tidak bersekolah pun boleh sebut sepertimana yang mereka suarakan dan tidak perlulah berkelulusan tinggi atau menjadi pemimpin politik kerana janji-janji sedemikian boleh dibuat oleh sesiapa sahaja,” katanya kepada UMNO-Online.
Menurut beliau, Pelan 100 hari tersebut adalah janji-janji yang tidak mempunyai alasan dan perlu penjelasan secara ilmiah.
“Mereka tidak memberikan keadaan atau latar belakang sebenar yang berlaku sedangkan sebenarnya mereka harus berpaksikan kepada realiti yang ada,” katanya yang juga Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Jelas beliau lagi, tawaran sedemikian adalah cadangan yang tidak berkualiti dibuat tanpa memikirkan jangka masa panjang.
Antara kandungan Pelan 100 hari ini ialah mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
“Mereka perlu ada asas yang kukuh kenapa perkara-perkara sedemikian mahu dilakukan misalnya jika RM500 mahu diberikan kepada guru-guru maka ia mesti bersebab dan bukannya sengaja mahu beri atas kapasiti suka-suka,” terangnya.
Tambah beliau lagi, pemimpin-pemimpin pembangkang termasuklah ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberi penjelasan berdasarkan bukti dan merialisasikan apa yang telah diutarakan sebelum mengeluarkan satu deklerasi lain pula.
“Di Selangor biarpun dia bertindak sebagai Penasihat Ekonomi Negeri tetapi tidak melakukan apa-apa perubahan sebagaimana jawatan yang disandangnya. Apa yang dia mahu buktikan kepada rakyat walhal semua janji-janjinya tidak dilaknakan,” katanya.
Ujarnya lagi, setiap perkara yang mahu dilaksanakan perlu penelitian mendalam bukan sahaja dari segi peruntukan kewangan dan kemampuan merealitikan janji tetapi apa yang lebih penting adalah memahami masalah rakyat dan menyelami kehendak mereka.
Pakatan pembangkang secara keseluruhannya dilihat gagal melaksanakan manifesto yang mereka janjikan dalam PRU-12 sebaliknya seringkali mnyalahkan Kerajaan Persekutuan atas kegagalan mereka.
Ini termasuklah mengabaikan nasib penjaja di Pulau Pinang di samping golongan Melayu tertindas dan isu perkauman mula dibangkitkan selain elaun khusus untuk rakyat yang berada dalam kumpulan di bawah garis kemiskinan, pemberian tender secara telus dan terbuka, pemberian air dan elektrik secara percuma, elaun tambahan kepada guru-guru kelas fardu ain (kafa) dan pelbagai janji-janji lain tidak pernah ditunaikan.– MediaUMNO
KATA IBM : Memang tetap sekali apa yang di katakan oleh Profesor Dr Shamsul. Orang yang tidak bersekolah pun boleh buat pelan seperti itu. Hahaha.....memalukan dan jijik sekali mainan politik kotor Pakatan Rakyat ni. Jelas, mereka betul-betul terdesak. Mungkin mereka kesian melihat Si Al-Juburi tu dah tua, terlalu tua. Entah esok lusa jalan. Maka terpaksalah buat apa saja untuk menjadikan dia (Anwar) sebagi PM...hohoho...kirim salam wahai juak-juak pembangkang 'yang selalu mengangkang dan menjual maruah diri demi kepentingan dan dendam politik si Al-Juburi ni.....