Friday, January 21, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum.

Dan..salam hari 'Jumaat', penghulu segala hari moga para pembaca dirahmati oleh s.w.t. Mari kita mengimbau kembali sejarah Raja-Raja. Mai baca....


21 JANUARI

RAJA-RAJA MELAYU MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
RAJA-RAJA MELAYU MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Tarikh Peristiwa : 21-01-1948

Pada hari ini dalam tahun 1948 bertempat di King's House (atau CARCOSA) Kuala Lumpur satu perjanjian yang ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British telah disempurnakan.Perjanjian ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Upacara menandatangani perjanjian ini telah dilakukan di sebuah bangunan yang bersejarah iaitu King's House yang juga dikenali sebagai Carcosa, sepanjang sejarahnya Carcosa telah menyaksikan berbagai peristiwa bersejarah. Bangunan yang dibina dalam tahun 1890 dengan belanja $25,000 ini pernah menjadi tempat tinggal Residen British Frank Swettenham, semasa perang dunia ke-2 pula menjadi mess pegawai Jepun dan Balai Pertabalan Sultan Selangor, Tengku Kelana oleh pihak berkuasa Jepun pada 1941. Pada hari ini dalam tahun 1948 menyaksikan satu lagi peristiwa penting iaitu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, di mana mulai 1 Februari 1948 kedudukan Raja-Raja Melayu telah dikembalikan dan beberapa syarat kerakyatan bagi orang-orang asing serta hak-hak istimewa orang Melayu telah dikembalikan. Peristiwa bersejarah pada hari ini juga adalah menjadi asas kepada kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 kemudiannya, dan menjadikan Malaysia sepertimana yang kita semua nikmati pada hari ini.

Selamat membaca. - IBM

Sumber : Arkib Negara
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...