Tuesday, January 4, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Salam semua. Hari ini cuaca kurang mengizinkan. Sebentar tadi hujan ribut turun di Ibu Kota. Biasalah bila hujan, jam di mana-mana. Maka hari ini catatan 'Hari ini dalam sejarah' lambat sedikit untuk di paparkan.....mari kita tengok apa yang berlaku :


4 JANUARI


MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 15 RUKUN TETANGGA

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 15 RUKUN TETANGGA
Tarikh Peristiwa: 04-01-1990

Pada hari ini dalam tahun 1990, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Majlis Sambutan Ulang tahun ke-15 Rukun Tetangga bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Antara yang turut hadir pada majlis sambutan tersebut ialah YB Datuk Dr. Sulaiman bin Hj Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta Encik Mohd. Jawhar Hassan, Ketua Pengarah Perpaduan Negara. Skim Rukun Tetangga telah diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan dengan berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan Perlu (RT) 1975 dengan tujuan untuk mengawal keselamatan melalui rondaan wajib permastautin. Dalam ucapannya Perdana Menteri menyatakan bahawa untuk membina sebuah negara yang bersatu padu, rakyat perlu mempunyai satu visi yang sama mengenai negara yang hendak dibentuk, justeru itu seluruh rakyat perlulah memperjuangkan visi bersama ini dengan berlandaskan Perlembagaan dan Rukun Negara. Semenjak ditubuhkan, pelaksanaan Rukun Tetangga telah dikaji dan dipinda mengikut kesesuaian arus semasa. Mulai tahun 1983, Rukun Tetangga yang berkonsepkan keselamatan telah alihkan kepada Konsep Kejiranan yang bertujuan untuk membolehkan penduduk dalam kawasan Rukun Tetangga mengenali jiran bagi mewujudkan suasana yang harmoni, bertoleransi, hormat-menghormati dan saling membantu.

Kata IBM : Selamat Membaca !! moga anda semua ceria di samping keluarga yang tersayang.

Sumber : Arkib Negara.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...