Salam, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Disekitar Penamaan Calon PRK Tenang :
HARI PENAMAAN CALON
9 - 10 pagi - Calon menyerahkan borang masing-masing
10 - 11 pagi - Tempoh bantahan
11 pagi - 12 tengahari - Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan nama calon yang layak bertanding
Cuaca cerah dengan suhu pagi yang dingin menyaksikan ribuan penyokong BN dan PAS berkumpul di tempat-tempat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhampiran pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis bagi proses penamaan calon bagi kerusi Tenang.
Setakat ini, PAS dan BN sudahpun mengesahkan mereka akan bertanding.
PAS telah menamakan akan mencalonkan ketua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman, 38, bagi mewakili Pakatan Rakyat manakala BN pula meletakkan bekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azahar Ibrahim, 39, bagi mempertahankan kerusi BN itu.
Sejak seawal jam 6 pagi lagi, penyokong parti masing-masing berkumpul di markas dan ibu pejabat parti masing-masing.
Semua calon dikehendaki menyerahkan borang mereka mulai jam 9 pagi hingga 10 pagi. Ini diikuti oleh tempoh bantahan selama sejam jika ada. Nama-nama calon yang layak beertanding kemudiannya akan diumumkan selepas jam 11 pagi nanti. Jika ada pertandingan, pengundian akan dijalankan pada 30 Januari depan.
Kerusi Tenang kosong ekoran kematian Datuk Sulaiman Taha di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.
Seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.
Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.
Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.
Proses penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.
LAPORAN LANGSUNG
10 pagi: Penamaan calon ditutup.
Pegawai pengurus pilihan raya Md Asri Amir mengumumkan proses penamaan calon telah ditutup. Tidak ada calon Bebas yang mengemukakan pencalonan.
Tempoh bantahan adalah antara jam 10 pagi hingga 11 pagi. Jika tidak ada calon yang ditolak, pilihan raya kecil ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Azahar dan Normala.
9.55 pagi: Tiga orang penyokong PKR sesat masuk ke kawasan penyokong BN dan disorak, “ “Hidup BN” sambil mengibarkan bendera BN.
Polis bertindak pantas, melepaskan mereka dan mengiriingi mereka ke kawasan penyokong Pakatan.
9.45 pagi: Puteri dan Wanita Umno, membalas nyanyian Pakatan Rakyat dengan menyanyikan lagu "Geylang si paku, geylang".
Lirik ditukar "Pulang, marilah pulang, marilah pulang, masuk barisan".
9.43 pagi: Di sebalik amaran oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Markom Giran supaya tidak terbabit dengan kempen pilihan raya kecil, suami Normala, Makrof Abd Mutalib, seorang guru tetap mengiringi isterinya.
Dengan memakai baju Melayu berwarna hijau dan berketayap putih, beliau berkata kehadirannya adalah mengiringi isterinya dan bukannya berkempen.
"Saya datang kerana memberi sokongan moral kepadanya,” kata Markof sambil tersenyum.
“Saya terharu dengan begitu ramai yang menyokong isteri saya.”
Katanya, Normala bangun pada jam 5.30 pagi ini dan bersarapan dengan keluarga, termasuk ibu bapanya dan tiga anak mereka.
"Kita makan nasi lemak, seperti biasa. Kami juga mohon restu daripada ibu bapa sebelum meninggalkan rumah.”
9.23 pagi: Kedua-dua calon BN dan PAS telah mengemukakan borang masing-masing dan menikmati hidangan ringan sambil berbual sesama mereka.
9.20 pagi: Penyokong PAS pula menyanyikan lagu rasmi Umno tetapi menukarkan lirik lagu berkenaan. Kata-kata "Umno terus mara, untuk rakyat Malaysia" ditukar kepada "Umno terus lara, rompak rakyat Malaysia".
9.15 pagi:Pergelutan hampir tercetus antara penyokong PAS dan polis apabila beberapa penyokong yang tidak mempunyai pas cuba merentasi halangan atau sekatan polis.
Menurut beberapa penyokong Pakatan, perhimpunan kali ini adalah yang terbesar yang pernah mereka saksikan untuk pilihan raya kecil.
Kedengaran juga beberapa penyokong PAS yang mencemoh polis yang tidak berpakaian seragam yang bertugas.
"Lepas makan gaji Umno, boleh balik,” kata seorang penyokong PAS.
9.10 pagi: Calon PAS, Normala mengemukakan borang pencalonannya.
9.05 pagi: Ribuan penyokong BN di luar dewan, menyanyikan lagui “Inilah Barisan Kita”.
Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "BN Janji dikota", "Undilah Barisan Nasional, Hidup Sejahtera" dan "Tiada Tempat untuk Pembangkang di Johor".
Pihak polis, menutup terus laluan masuk daripada penyokong BN.
Seramai kira-kira 40 anggota polis berkawal di laluan masuk ke tempat penamaan calon.
Penyokong juga mengibarkan bendera BN dan parti komponen yang lain.
9.03 pagi: Azahar adalah calon pertama yang menyerahkan borang pencalonannya.
9.00 pagi: Penamaan calon dibuka.
Pegawai pengurus pilihan raya, Md Asri Amir mengumumkan penamaan calon mulai dibuka hingga jam 10 pagi nanti.
8.58 pagi: Normala dan pemimpin Pakatan yang lain tiba di pusat itu. Mereka termasuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Chua Jui Meng, Abdul Hadi Awang, Zuraidah Kamaruddin dan Chong Eng.
8.50 pagi: Azahar masuk ke dewan. Kawalan agak ketat daan beberapa pemimpin kenamaan terpaksa bersempit kerana laluan di pintu masuk agak kecil.
8.42 pagi:Penyokong BN dan pemimpinnya adalah yang pertama sampai di pusat penamaan calon.
8.30 pagi: Calon BN, Azahar, diiringi Muhyiddin dan penyokong BN mula berarak ke pusat penamaan calon, yang tidak jauh dari tempat mereka berkumpul. Labis adalah pekan yang kecil.
8.14 pagi: Penyokong PAS mula berarak selepas berlaku sedikit kekeliruan - pembawa bendera parti diminta berhimpun di belakang calon.
Normala diiringi presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa ahli parlimen seperti, Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Khalid Samad (Shah Alam) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).
Timbalan presiden PKR, Azmin Ali juga hadir bagi memberikan sokongannya.
Terdapat tidak kurang 500 penyokong PAS dan mereka kemudiannya disertai oleh kira-kira 200 penyokong DAP yang menunggu di pertengahan jalan.
8.10 pagi: Police menutup jalan menuju ke Pusat Penamaan Calon di Majlis Daerah Labis kepada semua kenderaan dan penyokong. Hanya calon dan beberapa pemimpin yang mengiringi mereka dibenarkan masuk.
Jumlah polis yang hadir agak ramai - dianggarkan ratusan yang dikerah bagi mengawal keselamatan di kawasan sekitar Tenang.
Kedua-dua penyokong BN dan Pakatan diasingkan dengan anggota polis menjadi penampan. Mereka diletakkan dalam lingkungan 100 meter daripada satu sama lain.
Terdapat juga laporan bahawa sekatan jalan diadakan di beberapa lokasi di sekitar pekan Labis dan juga bandar Segamat yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Labis.
8.08 pagi: Timablan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno tiba di ibu pejabat MCA di Labis.
7.40 pagi: Azahar dan isterinya, Tuty Roshizana Tumin, 31, tiba. Calon memakai baju Melayu berwarna unggu.
Apabila disapa wartawan, Azahar mengakui beliau sedikit gementar. Katanya beliau tidur lena malam tadi.
Seperti kerusi Tenang, saya juga tenang,” katanya.
7.30 pagi: Ribuan penyokong BN berkumpul di ibu pejabat MCA, Labis dengan mengibarkan bendera BN dan Umno sebagai tanda sokongan kepada calon mereka, Mohd Azahar.
Antara yang hadir, termasuk Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman and pemimpin kanan BN seperti Datuk Seri Shahrizat Jalil, Datuk Wee Ka Siong dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Syirlin.
Alhamdulillah, semuanya tenang, suasananya tenang. Harap semasa mengundi nanti, para penyokong BN harus bertenang. Selamat mengundi dan pilihlah calon yang benar-benar comitted. Dan ini terbukti BN memang comitted. - IBM
Sumber Ikhsan : malaysiakini.
calon bn 4 isteri......
ReplyDeletemala, wanita yang dinodai.....
pilih satu antara dua....
view my blog dan-teslamarin.blogspot.com
Salam. Jangan menabur fitnah. Orang Pas ni memang pakar menjadi penfitnah. Tak takut dosa ke wahai juak-juak Pas...ingat tuhan, bukan ingat Pok Nik atau lambang bulan pada bendera Pas tu......
ReplyDelete