Assalamualaikum.
Isu Novel INTERLOK : "Saya menulis untuk dibaca dan difikirkan. Sentimen yg timbul saya tak tahu." - kata Datuk Abdullah Hussain.
Keluarga risau diganggu
PETALING JAYA - Kehidupan Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain kini lebih terhad bukan kerana kesihatannya tetapi risau akan keselamatan apabila kontroversi Interlok hangat diperkatakan.
Isterinya, Datin Siti Soroja Basri, 65, berkata, beliau dan anak-anak mengehadkan pergerakan suaminya terutamanya ketika waktu pagi kerana risau diganggu oleh mereka yang tidak berpuas hati terhadap isu ini.
Katanya, sebelum ini setiap pagi beliau akan membawa Abdullah ke halaman rumah membaca akhbar dan menghirup udara segar.
"Saya risau ada orang yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara yang tidak diingini berlaku, jadi lebih baik saya mengambil tindakan awal.
Cerita selanjutnya : ...Klik Disini
KATA-KATA IBM : Isu ini sengaja di perbesarkan oleh seseorang dan berasurkan politik. politik yang tidak sihat. Memang celakalah orang yang ini. Kepada Pak Lah, saya berharap, jangan lekas kecewa, banyakkan berehat, insyallah kebenaran akan terbukti nanti.