28 JANUARI
Salam, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Mari kita mengimbau Sejarah Tanah Air...apa yang berlaku pada hari ini.
PERSETUJUAN GERAKAN BERSAMA MENGHAPUS KOMUNIS DI SEMPADAN MALAYSIA – SIAM |
PERSETUJUAN GERAKAN BERSAMA MENGHAPUSKAN KOMUNIS DI SEMPADAN MALAYSIA-SIAM Tarikh Peristiwa: 28-01-1955
Pada hari ini dalam tahun 1955, Persekutuan Tanah Melayu dan Siam telah bersetuju mengadakan gerakan bersama menghapus komunis di sempadan kedua-dua buah negara. Dalam perbincangan ini pihak Persekutuan Tanah Melayu diwakili Pesuruhjaya Tinggi Sir Donald Mac Gillirary dan Left. General Sir Geoffrey Bourne. Manakala Siam diwakili oleh Ketua Polis Negara iaitu Phao Siriyonan. Antara perkara-perkara yang telah disepakati berkaitan dengan operasi polis dan tentera menghapus khemah-khemah komunis di Sadao, Utara Kedah, di Betong dan di Utara Kelantan. Selain itu kedua-dua pihak juga bersetuju memperkemaskan lagi Biro penyiasatan yang berpusat di Songkla. Kerjasama yang diterajui kedua-dua pihak ini, telah memberi kesan yang besar dalam usaha kedua-dua negara menghapus kegiatan komunis terutama di kawasan sempadan negara masing-masing.
* Ingat komunis ingat DAPig. Mereka adalah pejuang-pejuang saki baki Parti Komunis Malaya. Selamat Membaca - IBM
Sumber : Arkib Negara. |
|