Assalamualaikum,
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang menggunakkan kereta Nasional, ingatkah pembaca semua bila kah kereta pertama Malaysia di beri nama.?....jom kita baca al-kisahnya...
12 JANUARI
PERADUAN MENAMAKAN KERETA NASIONAL YANG PERTAMA |
PERADUAN MENAMAKAN KERETA NASIONAL YANG PERTAMA Tarikh Peristiwa: 12-01-1984 Pada hari ini dalam tahun 1984, Pengarah Eksekutif Pertubuhan Perindustrian Berat Malaysia (HICOM) Encik Mohd. Saufi Hj. Abdullah telah mengumumkan peraduan `Menamakan Kereta Nasional Kita Yang Pertama'. Encik Saufi menjelaskan peraduan tersebut akan memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia menamakan model pertama yang akan dikeluarkan pada September 1985. Hadiah berupa sebuah kereta 1300 c.c. akan diberikan kepada peserta yang berjaya. Sambutan daripada rakyat Malaysia dari berbagai latar belakang amat menggalakkan. Pada 1 September 1985 Staf Sarjan Ismail Jaafar yang ketika itu bertugas di Markas Tentera Dua Division di Pulau Pinang telah berjaya mengatasi peserta-peserta lain. Perkataan `Saga' yang dipilih beliau telah menarik perhatian para juri serta penerangan-penerangan yang diberikan telah menyakinkan juri untuk memilih beliau sebagai pemenang menamakan kereta Nasional yang pertama itu. Namun `proton saga' telah diberikan kepada kereta Nasional Malaysia yang pertama itu. Sebagai langkah memperkenalkan kereta Nasional yang pertama itu satu program `Sagarama' selama 20 hari menjelajah ke seluruh negara telah diadakan. Harga-harga yang ditawarkan bersesuaian dengan kemampuan rakyat telah menarik perhatian ramai. Pada 1 September 1985 juga, YAB Perdana Menteri telah melancarkan pemasaran Proton Saga yang pertama. Menurut beliau kereta Nasional adalah satu lagi langkah ke arah menegakkan maruah bangsa, langkahnya tidak besar tetapi besar ertinya kerana semua yang diusahakan oleh manusia bermula dengan satu titik permulaan. Ternyata pada hari ini titik permulaan yang diperkatakan oleh YAB Perdana Menteri telah menjadi kenyataan. Kereta-kereta proton telah meningkat jualannya dan dijual bukan sahaja di dalam negeri malah dieksport ke beberapa negara lain juga. Kata IBM : Selamat Membaca, dan belilah barang buatan tempatan. Kereta Nasional ada kelas.... Sumber : Arkib Negara. |