Sunday, January 30, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Salam 2 all pembaca-pembaca yang budiman.
Hari ini cuaca begitu sejuk sekali, hujan di merata-merata tempat. Masih lagi belum berhenti. Kalau tidak kemana-mana, jom baca, dan kita imbau kembali sejarah tanah air kita.
30 JANUARI
PELANCARAN PERTAMA MINGGU BAHASA KEBANGSAAN
PELANCARAN PERTAMA MINGGU BAHASA KEBANGSAAN
Tarikh Peristiwa: 30-01-1960

Pada hari ini dalam tahun 1960, Minggu Bahasa Kebangsaan telah dilancarkan buat pertama kalinya diseluruh negara. Pelancaran ini dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pusat Minggu Bahasa Kebangsaan, Tuan Syed Nasir bin Ismail. Minggu Bahasa Kebangsaan bertujuan menggalakkan seluruh rakyat supaya menggunakan Bahasa Kebangsaan dalam kehidupannya sehari-hari. Ini menunjukkan kepada dunia bahawa kita sebagai satu bangsa yang merdeka mempunyai satu bahasa kebangsaan yang difahami oleh seluruh rakyat daripada pelbagai keturunan. Di antara pendekatan yang dijalankan dalam minggu bahasa kebangsaan ini ialah melalui poster, iklan, filem ucapan-ucapan oleh pemimpin, pakar-pakar bahasa, peraduan yang menggalakkan penggunaan bahasa seperti syarahan, bahas melalui poster dan sebagainya. Dengan pelbagai pendekatan ini tahun-tahun 1970 dan 1980-an sebahagian besar daripada rakyat negara yang terdiri pelbagai kaum telah dapat menguasai bahasa kebangsaan.

* Kalau anda berada di luar dan sedang memandu, hati-hati kerana hujan masih turun, jalan pula licin, moga perjalanan anda selamat, dan kepada yang ingin pulang kerumah, selepas ini jangan lupa singgah ke blog ini dan baca 'Hari Ini dalam sejarah'. Selamat membaca - IBM

Sumber : Arkib Negara.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...