Thursday, January 20, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum.

Sejarah tentera tercatat lagi. Mari baca......

20 JANUARI

PENUBUHAN PUSAT LATIHAN KADET DAN REKRUT BAGI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA
PENUBUHAN PUSAT LATIHAN KADET DAN REKRUT BAGI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA
Tarikh Peristiwa: 20-01-1971

Pada hari ini dalam tahun 1971, sebuah Pusat Latihan Kadet dan Rekrut (Cadets and Recruits Training Establishment - CARTE) telah dirasmikan. Semasa menjalankan kajian mengenai tempat yang sesuai untuk dijadikan pusat latihan, satu pasukan yang terdiri dari pegawai-pegawai dari bahagian Turus Tentera Laut, bahagian Logistik dari KEMENTAH dan pegawai-pegawai dari KD Malaya melawat sebuah kem lama bernama Kem Khatib, di Bah Soon Pak Road, Sembawang, Singapura. Kem Khatib yang luasnya kira-kira 12.1 ekar adalah bekas Pangkalan Tentera Darat Malaysia. Kem ini adalah hadiah dari Kerajaan British kepada Malaysia semasa Singapura menjadi sebahagian daripada Malaysia. Kem yang dibina pada 1966 dengan pembelanjaan oleh kerajaan Malaysia. Kem ini diduduki oleh pasukan Tentera Darat dari tahun 1966-1967. Pasukan terakhir yang menduduki kem ini ialah Batalion ke-9 askar Melayu Diraja. Selepas itu kem ini ditinggalkan kosong. Kem Khatib telah dipilih untuk dijadikan Pusat Latihan bagi memenuhi keperluan sebuah pusat latihan dalam negeri. Kedudukannya agak terpencil daripada suasana kesibukan dan berhampiran pula dengan KD Malaya menjadikan ianya sesuai untuk dijadikan pusat latihan, kajian terperinci mengenai keperluan dan pengubahsuaian kem telah dijalankan oleh Lt. Kol (Komander) Khor Tee Chuan pada tahun 1970. Hasilnya sebuah Pusat Latihan yang lengkap dengan bangunan asrama, alat-alat memasak moden, kawasan latihan serangan, padang kawad dan sebagainya telah disediakan. Kerja-kerja ini telah melibatkan perbelanjaan hampir $135,000.00 ketika itu. Pada hari ini 20 Januari 1971 Kem Khatib telah diambil dengan rasminya oleh TLDM dan nama baru baginya ialah Pusat Latihan Kadet dan Rekrut atau CARTE. CARTE adalah sebuah pusat latihan TLDM yang menjalankan pengendalian secara bebas di bawah naungan Panglima Wilayah Laut Satu di Woodlands. Dengan pembukaan CARTE kesemua rekrut pengambilan ke KD Malaya ketika itu telah diserahkan ke CARTE untuk menjalani latihan. Dengan tertubuhnya CARTE, telah dapat melatih pegawai-pegawai kadet dan rekrut di dalam negeri dan pengambilan mereka telah bertambah tanpa perlu menunggu latihan di luar negeri semata-mata. Mereka juga dapat menjalani latihan yang secukupnya di pusat latihan TLDM ini.


Selamat membaca dan selamat beristerihat bersama keluarga yg tersayang..!! - IBM

Sumber : Arkib Negara
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...