Thursday, January 13, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah


Assalamualaikum, Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Kepada anggota rela, baik yang baru atau yang lama, mari baca Sejarah Tanah Air kita pada hari ini...

13 JANUARI

MAJLIS PERBARISAN HARI RELA SEMPENA ULANGTAHUN KE-18
MAJLIS PERBARISAN HARI RELA SEMPENA ULANGTAHUN KE -18
Tarikh Peristiwa: 13-01-1990

Pada hari ini dalam tahun 1990, telah berlangsung Majlis Perbarisan Hari Anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Perayaan HARI RELA ini julung kali diadakan semenjak penubuhannya pada tahun 1972, adalah bersempena dengan ulang tahun ke-18 penubuhan RELA. Tujuan penubuhan RELA ialah untuk memberi kesempatan kepada rakyat yang taat setia untuk tampil menganggotai sebuah agensi keselamatan Kerajaan bagi membantu memelihara dan mempertahankan keselamatan serta keamanan negara. Ini selaras dengan falsafah dan keyakinan bahawa tanggungjawab mempertahankan negara terletak di tangan rakyat Malaysia sendiri. Dalam ucapannya, Perdana Menteri telah mengesyorkan Kerajaan-kerajaan Negeri serta agensi-agensi Kerajaan agar menggunakan khidmat serta tenaga anggota-anggota RELA untuk menjayakan kegiatan-kegiatan pembangunan, terutamanya program pembasmian kemiskinan luar bandar. Sesungguhnya, sejak penubuhannya anggota-anggota RELA telah memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan negara.

Selamat Membaca, kerana banyak membaca menambahkan ilmu pengetahuan kita..!!

Sumber : Arkib Negara.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...