Tuesday, January 11, 2011

Isu Membakar 'INTERLOK'..angkara Siapa..?

Bakar 'INTERLOK' - hina Agong & Sasterawan



Lima persatuan penulis dan NGO Melayu membuat laporan polis terhadap tindakan sekumpulan masyarakat India membakar novelInterlok dan gambar penulisnya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain.

NONE
Mereka mendakwa tindakan itu menghina sasterawan negara, membangkitkan kemarahan orang Melayu, malah boleh mencetuskan ketegangan kaum.

"Kami juga prihatin kepada Datuk Abdullah Hussain, seorang tokoh penulis yang menerima anugerah sasterawan negara daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

"Penghinaan terhadap sasterawan negara sama seperti penghinaan terhadap Agong," laporan polis itu dipetik.

NGO itu Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Penulis Nasional (PENA), Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa dan Guru Nasional (PIBGN), Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan Ikatan Melayu Asli Nusantara.

Aduan itu dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara sebentar tadi.

NONE
Dalam laporan polis itu juga, mereka meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap dua wakil rakyat Pakatan yang hadir dalam demonstrasi itu, iaitu Dr Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) dan M Manoharan (DAP-Kota Alam Shah).

"Penglibatan ahli politik dapat dianggap sebagai pengakuan dan penerimaan mereka terhadap tindakan yang biadab itu," aduan polis itu dipetik.

Meja bulat, forum terbuka, memorandum

Dr Mariah bagaimanapun hari ini menegaskan kehadirannya tidak bermakna setuju dengan tindakan kira-kira 100 penduduk India yang membakar novel itu.

klscah corruption forum 230307 mohd ali hasan
Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Presiden PIBGN Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan (kanan, berbaju batik) berkata tindakan membakar novel itu merupakan penghinaan kepada sistem pendidikan, kebudak-budakkan, kurang matang, terburu-buru serta bertujuan mendapatkan keuntungan politik.

"Kami tidak mahu perkara ini diteruskan malah (perlu) diberhentikan. Ia bukan cara untuk membantah," katanya.

Beliau menggesa Kementerian Pelajaran mengadakan sidang media bulat melibatkan semua pihak untuk berbincang mengenai isu kontroversi ini.

PIBGN sendiri bersama Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya (UM), katanya, pada 26 Januari ini menganjurkan forum terbuka di UM bagi mencari penyelesaian.

azlan
Makalala Gapena pula menganjurkan perhimpunan NGO bagi mencari kata sepakat berhubung isu Interlok di pejabatnya di ibu negara Sabtu ini (15 Januari), kata pegawai medianya Borhan Mat Zain.

Kelima-lima NGO itu, tambahnya, akan menghantar memorandum bantahan berhubung insiden pembakaran novel itu kepada Kementerian Pelajaran petang esok.

Dalam perkembangan berkaitan, di Klang, dua lagi NGO - Persatuan Penulis Selangor (KEMUDI) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Klang - juga membuat laporan polis berhubung tindakan membakar novel itu atas alaran "menghina Agong".

Perasaan tidak puas hati turut dikongsi bersama sebuah NGO penulis India- Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) - berpendapat dalam budaya India, membakar buku dan bahan bacaan dianggap menghina ilmu.

KATA IBM :Novel ini satu rakaman realiti semasa yang cukup baik, mengenai masyarakat Malaysia waktu itu, zaman pra-Merdeka. Ia sangat sesuai dijadikan teks sekolah. Pelajar boleh mempelajari dan memahami asal-usul terbentuknya masyarakat Malaysia seperti komposisinya hari ini. Ia satu rakaman sejarah dalam bentuk fiksyen. Jadi, siapakah dalang di sebalik isu ini, kenapa sampai di bakar..?..memang 'anakharamjadah' lah orang yang memulakan dan menimbulkan isu ini. Apa sebenarnya yang mereka mahu.?....
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...