Saturday, January 8, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

A'salamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Cuaca pagi ini nampaknya mendung, macam nak hujan, tapi belum hujan lagi. Kepada pembaca yang budiman yg masih di rumah, yang belum ada apa-apa perancangan untuk membawa kelurga berjalan-jalan di hujung minggu ini, tunggu dulu....apa kata kita mengimbas kembali apa yg berlaku di Tanah Air kita pada hari ini. Jom kita baca........


08 JANUARI

KD SRI PERAK TENGGELAM DI LAUT CHINA SELATAN SETELAH BERKHIDMAT SELAMA 20 TAHUN 6 BULAN 3 HARI

KD SRI PERAK TENGGELAM DI LAUT CHINA SELATAN SETELAH BERKHIDMAT SELAMA 20 TAHUN 6 BULAN 3 HARI
Tarikh Peristiwa : 08.01.1984

Pada hari ini dalam tahun 1984, Kapal KD SRI PERAK telah tenggelam kerana di pukul ombak besar di Laut China Selatan. Kapal peronda KD SRI PERAK merupakan salah satu daripada 22 kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Ianya adalah sebuah kapal peronda dalam kelas `Kedah' dan ditempah di Portmouth dalam tahun 1961 serta ditauliahkan pada bulan Mac, 1963. Kapal itu mempunyai kelajuan maksimum 27 knot dan dilengkapkan dengan radar. Setelah berkhidmat dan berjasa kepada negara selama 20 tahun 6 bulan 3 hari, sewaktu dalam pelayaran ke Labuan dari Pengkalan TLDM Lumut, KD SERI PERAK telah tenggelam kerana di pukul ombak besar di Laut China Selatan pada hari ini 8.1.1984. Semasa kejadian itu berlaku, Kapten Kapal Lt. M. Chandran dan 25 orang anak kapal terselamat dari mati lemas dan 3 orang lagi didapati hilang. Dokumen-dokumen dan alat-alat penting kapal tersebut tidak dapat diselamatkan di antaranya sebuah alat radio yang dimeteri dalam sebuah kotak khas dan ianya boleh digunakan oleh Kapten kapal dalam masa kecemasan, bila alat radio kapal musnah atau rosak. Tenggelamnya KD SERI PERAK di Laut China Selatan menjadi sejarah yang selama ini belum pernah berlaku dalam TLDM. Begitupun, bakti serta tugas-tugas yang pernah dicurahkannya selama ini sebagai salah sebuah Armada TLDM adalah banyak dan ianya tetap menjadi kenangan abadi untuk bangsa dan negara.


KATA IBM : SELAMAT MEMBACA, MOGA MENDAPAT MENAFAAT..!!

SUMBER : ARKIB NEGARA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...